Shah Alam, 26 Ogos 2025 – KFC Malaysia menyediakan ruang dindingnya untuk diberikan sentuhan tempatan, dan kanvas buat artis tempatan. Apa yang bermula sebagai sambutan detik Malaysia kini bertukar menjadi medan mural yang berwarna-warni, dengan 14 mural unik yang dilukis di cawangan KFC terpilih di seluruh negara pada tahun ini.
Dari Pulau Pinang ke Sabah, setiap mural ini berkisar kepada satu tema: KFC Cara Kita – cara unik rakyat Malaysia menikmati KFC. Biarpun rekaannya berbeza mengikut negeri, setiap karya seni tersebut menceritakan kisah keluarga, budaya, tradisi atau harapan yang dilihat menerusi lensa pelukis dan kebanggaan masyarakat setempat. Sebahagiannya menggambarkan hidangan penuh nostalgia, yang lain pula meraikan adat resam, budaya jalanan dan ritual makanan, yang bersulamkan dialek dan mercu tanda setempat.
KFC Warnai Detik Meriah Rakyat Malaysia di 14 Cawangan Sempena Merdeka Ini
KFC, Pizza Hut, dan Life ialah jenama di bawah QSR Brands, yang terus memupuk perpaduan nasional dengan menyatukan rakyat Malaysia melalui budaya dan kreativiti. Kempen ini mencerminkan komitmen QSR dalam meraikan bakat tempatan dan semangat komuniti dalam setiap sambutan.
Inisiatif ini, sebahagian daripada Kempen Merdeka 2025 QSR Brands itu diumumkan di cawangan KFC Pandu Lalu Shah Alam Seksyen 2 hari ini. Pada acara tersebut, turut diadakan lawatan ke galeri mural, perbincangan panel bersama-sama Ketua Pegawai Pemasaran KFC dan para pelukis, serta makan tengah hari bersama media. Mural berkenaan merupakan hasil kerjasama dengan 11 pelukis berbakat Malaysia yang mengubah ruang kedai KFC dengan lukisan semangat rakyat Malaysia yang begitu bermakna.
“Bagi KFC, mural ini lebih daripada sekadar lukisan. Ia merupakan cerita yang mengetengahkan kebanggaan rakyat Malaysia ke ruang kedai kami. Karya seni yang berwarna-warni ini menjadi bukti detik-detik bermakna rakyat Malaysia bersama kami selama ini,” kata Hanim Mazam, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.
“KFC Cara Kita adalah refleksi sebenar kreativiti dan kerjasama dengan pelukis tempatan kita yang berbakat, pasukan kami dan rakan agensi,” tambah beliau.
Apa yang membuatkan inisiatif ini lebih berimpak adalah kepelbagaian latar belakang pelukis yang menunjangi usaha ini. Dipilih kerana gaya unik dan asal-usul setempat, 11 pelukis tersebut termasuk Katun, Nas Suha, Bingka KL dan Haw, menonjolkan gandingan seni jalanan, ilustrasi budaya dan penceritaan moden.
Selain 14 mural tersebut, rakyat Malaysia juga boleh memiliki sebahagian daripada karya seni itu – Charm Touch ‘n Go edisi terhad KFC Cara Kita yang menampilkan rekaan oleh Bingka, hanya boleh didapati secara eksklusif di Aplikasi KFC di cawangan terpilih.
Pilihan seni mural itu dilakukan secara berhemah. “Karya seni awam berskala besar berupaya mengetengahkan kisah rakyat kepada khalayak umum. Ia menjadi ruang di mana orang ramai boleh merasai sesuatu yang lazim dengan mereka dan penuh makna,” kata Nas Suha ketika sesi perbincangan hari ini.
Bilangan cawangan itu sendiri bukanlah satu kebetulan. Ia mewakili 14 negeri di Malaysia, serta 14 jalur dan bucu pada Jalur Gemilang, sekali gus mengukuhkan lagi penghormatan kempen tersebut kepada Malaysia.
Kempen Merdeka QSR Brands bukan sekadar lukisan mural. Pada Julai lalu, KFC Malaysia mengadakan bengkel mural bersama penuntut universiti dengan menyediakan kaedah kreatif kepada anak muda Malaysia untuk menzahirkan semangat patriotisme mereka. Ia juga satu penekanan bahawa Merdeka turut berkisar mengenai usaha membentuk masa hadapan.
““Merdeka mengingatkan kita tentang perpaduan, ketabahan, dan kemajuan. QSR Brands sebagai jenama tempatan yang dibanggakan, menyatukan rakyat melalui makanan dan komuniti, dengan matlamat untuk membina hubungan yang bermakna serta menyumbang secara positif kepada naratif Malaysia secara keseluruhan,” kata Anis Yusof, Ketua Pegawai Komunikasi Korporat, QSR Brands (M) Holdings Bhd.
Semangat Merdeka QSR Brands juga menembusi sehingga ke bilik darjah menerusi program QSR Prihatin yang dilaksanakannya. Sebagai penerima program Sehati Feed to Educate QSR Brands, 500 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Takir di Terengganu akan menikmati hidangan KFC dan Pizza Hut, menerima barangan peralatan sekolah dan mengambil bahagian dalam aktiviti Merdeka. Sambutan itu diperluas ke Malaysia Timur dengan SK Tabuan Ulu di Kuching, Sarawak, turut menyertai kempen tersebut, sekali gus membawakan semangat perpaduan dan patriotisme kepada masyarakat di seluruh negara.
Di peringkat dalaman, kakitangan QSR Brands turut mengambil bahagian dalam peraduan “Surat Cinta Untuk Malaysia”, iaitu surat daripada kakitangan yang berkongsi pesanan peribadi untuk memupuk hubungan dan kebanggaan negara di tempat kerja.
Sementara itu, QSR Brands telah bekerjasama dengan Kementerian Komunikasi dengan sumbangan barangan bernilai RM2.8 juta bagi menyokong sambutan Hari Kebangsaan ke-68 dan Hari Malaysia 2025.
Sebagai sebahagian daripada sambutan berkenaan, KFC Malaysia turut menawarkan 2 Hidangan Kegemaran Rakyat Malaysia bernilai RM6.80 buat kali pertama seperti Cheezy Wedges dan Coleslaw Combo, Garlic Aioli Fries dan Whipped Potato, Loaded Cheezy Fries dan Wedges, sebagai simbolik kepada ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke-68.
Follow us on:
Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture


