PETALING JAYA – Selangor FC mara bergaya ke suku akhir Piala FA selepas membelasah Malaysia University Football Team (MUFT) 9-0 pada aksi timbal balik pusingan 16 terbaik di Stadium MBPJ, Sabtu malam. Kemenangan besar itu melengkapkan agregat 12-1 buat Gergasi Merah selepas menang 3-1 pada perlawanan pertama. Penyerang Brazil, Chrigor Moraes, mencuri tumpuan dengan hatrik, manakala Kevin Deeromram turut menyumbang dua gol. Jaringan lain disumbangkan oleh Quentin Cheng, Alvin Fortes, Zach Clough dan Ahmad Zikri Mohd Khalili. Selangor bakal menentang Negeri Sembilan FC di suku akhir, manakala Terengganu FC juga mara selepas menewaskan Imigresen FC 3-0.
Selangor FC
Table of Contents
Follow us on:
Read More News on Business News Malaysia
Read More News on SG Business News
Read More News on World Future TV

