JOHOR BAHRU – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan harga petrol RON95 akan diturunkan kepada RM1.99 seliter sebelum akhir September ini, menunaikan janji Kerajaan MADANI untuk meringankan beban rakyat. Beliau berkata harga semasa RM2.05 seliter masih jauh lebih rendah berbanding harga pasaran sebenar tanpa subsidi yang mencecah RM2.60. Menurut Anwar, langkah itu membuktikan kerajaan berpegang pada janji, meskipun terdapat kritikan mengenai kelewatan. Dalam ucapannya di Program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi Johor, beliau turut menjelaskan lawatan luar negara yang kerap dilakukan adalah atas jemputan rasmi pemimpin dunia, termasuk Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Qatar.
Anwar Janji
Table of Contents
Follow us on:
Read More News on Business News Malaysia
Read More News on SG Business News
Read More News on World Future TV

