///

Signature Raikan 31 Tahun dengan Koleksi Anggun Heritage & Zon Pengalaman Produk

2 mins read
Signature
Signature Raikan 31 Tahun dengan Koleksi Anggun Heritage & Zon Pengalaman Produk

Kempen menampilkan Kingsdown BedMatchTM, Product Experience Zone, Selebriti Jenama, Diana Danielle, Kerjasama Strategik dan Sambutan di Seluruh Negara.

KUALA LUMPUR, 1 Oktober 2025 – Signature, penyedia solusi kediaman dan gaya hidup menyeluruh terkemuka negara, hari ini melancarkan Kempen Ulang Tahun Ke-31 di Signature Flagship Store, Kota Damansara.

Sambutan bersejarah ini diserikan dengan pengenalan Koleksi Anggun Heritage, pengenalan Diana Danielle sebagai Selebriti Jenama, serta pelancaran Signature Product Experience Zone (PEZ) – Zon Pengalaman Produk Kediaman & Gaya Hidup pertama di Malaysia, sebuah hab interaktif yang direka untuk mentakrifkan semula gaya hidup moden. Turut diperkenalkan pada acara ini adalah sistem diagnostik tilam BedMatchTM oleh Kingsdown, jalinan kerjasama strategik bersama RHB Bank, serta kalender promosi, pelbagai acara serta siri jelajah di seluruh negara sepanjang Oktober dan November.

Koleksi Anggun Heritage: Warisan Bertemu Kemodenan

Acara sambutan ulang tahun ke-31 Signature dengan beberapa individu di atas pentas, latar belakang skrin menampilkan logo Signature dan tarikh.

Fokus utama kempen ini ialah Koleksi Anggun Heritage, satu konsep yang dibangunkan dengan bangganya di Malaysia dan diinspirasikan oleh seni tempatan. Menggabungkan tradisi dengan gaya hidup kontemporari, koleksi ini menampilkan elemen reka bentuk budaya seperti lengkungan, jubin bermotif, sentuhan bertekstur rotan, cermin, serta palet warna hijau abu-abu dan hijau sage yang menenangkan.

Sentuhan nostalgia ini dilengkapkan dengan inovasi moden termasuk sistem storan pintar dan teknologi lif ergonomik.

KS Lau, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Signature International Berhad berkata:

“Tidak seperti rekaan dalaman lain yang berinspirasikan warisan, Koleksi Anggun Heritage memperhalusi dan mentafsir semula tradisi untuk disesuaikan dengan gaya hidup masa kini. Lebih penting lagi, koleksi ini melambangkan perjalanan 31 tahun kami dalam inovasi reka bentuk dan produk — satu perjalanan yang terus menghargai identiti budaya kita sambil membentuk masa depan kediaman rakyat Malaysia. Pencapaian ini mencerminkan visi kami untuk mewujudkan ruang yang menggabungkan warisan, kemodenan dan aspirasi secara harmoni untuk dinikmati generasi akan datang.”

Selebriti & Zon Pengalaman Produk Pertama di Malaysia

Menambah seri dan pesona kepada Koleksi Anggun Heritage, Signature mengalu-alukan Diana Danielle sebagai Selebriti Jenama. Terkenal dengan keanggunan serta lambang identiti moden Malaysia, beliau menyerlahkan kehalusan dan kebanggaan budaya yang menjadi inti pati koleksi ini.

Diana Danielle berkata:

“Koleksi ini menjadi peringatan bahawa budaya kita boleh terus hidup dalam ruang moden sambil mencerminkan siapa diri kita pada hari ini. Koleksi Anggun Heritage membuktikan bahawa tradisi tidak perlu diketepikan — sebaliknya boleh ditafsir semula dengan indah untuk menjadikan kediaman kita lebih bermakna, abadi, dan terus terhubung dengan identiti Malaysia.”

Satu lagi tarikan utama ialah pembukaan Product Experience Zone (PEZ) Signature — hab gaya hidup kediaman & perabot interaktif pertama di Malaysia. Di sini, pemilik rumah dan pereka bentuk boleh meneroka dapur, almari pakaian, palet material, serta sistem storan pintar dalam suasana interaktif.

Lebih daripada sekadar ruang pameran, PEZ juga berfungsi sebagai pusat latihan, hab pengetahuan, dan ruang kolaborasi, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih bermakna melalui penerokaan dan penemuan.

Signature: Kerjasama Strategik & Sambutan Nasional

Melengkapi kempen ini, Signature memperkenalkan sistem BedMatchTM daripada Kingsdown. Hasil kajian 15 tahun dan lebih 18 juta profil tubuh, proses diagnostik yang dipatenkan ini mencadangkan tilam peribadi dalam hanya beberapa minit.

Signature turut bekerjasama dengan RHB Bank untuk menjadikan gaya hidup premium lebih mudah dicapai, di samping menawarkan pembiayaan renovasi sehingga 120% nilai hartanah. Pemegang kad RHB juga layak menikmati diskaun tambahan 5% sepanjang kempen ulang tahun ini.

Sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun ke-31, rakyat Malaysia boleh menantikan pelbagai acara dan promosi termasuk Jualan Seluruh Negara, Pameran Pop-Up, Jualan Gudang, siri jelajah Crownlivin serta program eksklusif seperti Thrive bersama Joey Yap.

Rakyat Malaysia dijemput untuk merasai keseluruhan kempen ini dengan mengunjungi bilik pameran Signature Malaysia yang terdekat atau menyertai pelbagai acara di seluruh negara.

LatestMalaysia

News Malaysia and Global

Read More News on Latest Malaysia

Read More News on Business News Malaysia

Read More News on SG Business News

Read More News on World Future TV

Read More News #latestmalaysia

Leave a Reply

Previous Story

RM1.99 Fuel Won’t Deter Public Transport Use, Says Anthony Loke

Next Story

New: U.S. Senate stalemate prolongs shutdown fight over health care subsidies

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights