Kuala Lumpur, 8 Oktober 2025 – Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) menyokong pelaksanaan Cukai Pro-Kesihatan serta penguatkuasaan Akta 852 adalah langkah terbaik untuk memastikan industri vape dikawal selia secara bertanggungjawab dan beretika.
Sehubungan itu, DPVM menyokong cadangan kerajaan untuk meluaskan perlaksanaan Cukai Pro-Kesihatan termasuk vape, tanpa perlu mengambil pendekatan pengharaman menyeluruh.
Walaubagaimanapun, DPVM mengingatkan agar kadar cukai tidak terlalu tinggi sehingga menjadikan produk vape lebih mahal daripada rokok konvensional dan cadangan untuk menaikkan cukai vape sehinggan 10 kali ganda adalah tidak munasabah.
Kenaikkan kadar cukai secara mendadak tidak akan memberi manfaat kepada mana-mana pihak, sama ada industri, orang awam, ataupun kerajaan.
Cukai Pro-Kesihatan
Setiausaha Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM), Ridhwan Rosli, berkata,
“Kami percaya bahawa Cukai Pro-Kesihatan adalah mekanisme yang lebih berkesan dan berimbang berbanding larangan penuh. Dengan perlaksanaan cukai secara strategik, kerajaan dapat mengguna kutipan cukai untuk melaksanakan advokasi kesihatan awam sambil realiti ekonomi industri vape.
“Namun, jika harga vape melambung tinggi, ramai perokok akan kekal dengan rokok biasa. Satu kajian oleh institusi pendidikan terkemuka dunia, Yale University dan Georgia State University, mendapati bahawa peningkatan cukai vape menyebabkan penurunan kadar penggunaan vape tetapi peningkatan dalam tabiat merokok dalam kalangan golongan dewasa muda berumur antara 18 hingga 25 tahun. Fenomena ini dikenali sebagai ”kesan penggantian”, di mana pengguna beralih kepada alternatif yang lebih murah atau lebih mudah diperoleh seperti rokok atau vape seludup – yang tidak akan memberi manfaat kepada mana-mana pihak, sama ada industri, orang awam, ataupun kerajaan.
”Matlamat utama ialah memberi insentif kepada perokok untuk beralih, bukan membebankan mereka. Jika cukai dinaikan kepada RM4 per mililiter, sebotol cecair berisipadu 15 mililiter mencecah RM60 untuk cukai sahaja, belum harga jualan runcit,” tegas Ridhwan.
Cadangan Cukai Munasabah
Kata Ridhwan, cadangan cukai yang munasabah adalah maksimum 80 sen per mililiter memandangkan terdapat cukai tambahan 10% bagi peranti. Namun kerajaan harus mempertimbangkan kesan kenaikan ini kepada pengusaha Bumiputera yang berskala kecil dan risiko yang bakal mereka hadapi.
Beliau turut menekankan bahawa Akta 852 (Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024) menyediakan kerangka undang-undang yang kukuh untuk mengawal selia industri vape secara holistik. Namun, sekarang kerajaan negeri tidak konsisten dengan adanya larangan menjual vape daripada 7 negeri iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Pahang dan Perak.
“Bagaimanakah kerajaan mengawal selia industri ini sekiranya terdapat percanggahan peraturan antara KKM dan kerajaan negeri? Kerajaan ingin mengutip lebih banyak cukai daripada industri. Tetapi mahu menyekat aktiviti ekonomi industri tersebut secara keseluruhan? Ini adalah tidak adil.”
“Akta 852 perlu dilaksanakan secara konsisten di setiap negeri dan dipantau secara bersepadu. Perlaksanaan dasar yang tidak seimbang akan memberi kesan negatif kepada kesihatan awam. Perlindungan terhadap remaja mesti diutamakan melalui melaksanakan peraturan-peraturan Akta 852.
Beliau turut menegaskan kepentingan memastikan produk vape tidak mudah dicapai oleh golongan bawah umur, termasuk melalui larangan iklan, larangan pameran terbuka, dan pengesahan umur ketika jualan.
“Industri vape setuju bahawa perlindungan terhadap remaja mesti diutamakan. Kita mahu vape hanya digunakan oleh orang dewasa yang ingin berhenti mengisap rokok,” katanya.
DPVM menyeru Kementerian Kesihatan, Kementerian Kewangan, dan agensi berkaitan untuk mempercepatkan perlaksanaan garis panduan Cukai Pro-Kesihatan sambil menguatkuasakan Akta 852 secara konsisten di seluruh negara.
DPVM komited untuk bekerjasama dengan kerajaan dan semua pihak berkepentingan bagi memastikan rangka kawalan vape yang seimbang, berkesan dan melindungi kepentingan kesihatan awam.
Follow us on:
Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture


