//////

Carabat Al Lancar Outlet Pertama di Wangsa Maju, Fokus Gaya Hidup Pintar

2 mins read
Carabat Al Lancar Outlet Pertama di Wangsa Maju, Fokus Gaya Hidup Pintar
Carabat AI secara rasmi membuka outlet pengalaman pelanggan pertamanya di Wangsa Maju, menandakan satu langkah penting dalam memperkasa gaya hidup pintar di Malaysia. Majlis pelancaran diserikan oleh: 1) Sharnaaz Ahmad, selebriti dan ikon gaya hidup 2) Yang Teramat Mulia Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato’ Muhammed bin Hj. Abdullah, Tetamu Kehormat 3) Shafiq Jailani, Ketua Pegawai Eksekutif Carabat AI 1) Shafiq Jailani, Ketua Pegawai Eksekutif Carabat AI 2) Yang Teramat Mulia Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato’ Muhammed bin Hj. Abdullah 3) Sharnaaz Ahmad

SELANGOR, 15 Oktober 2025 — Carabat Al, sebuah syarikat teknologi tempatan yang memberi fokus pada penyelesaian gaya hidup pintar, hari ini secara rasmi membuka outlet pengalaman pelanggan pertamanya di Sunway Avila Avenue, Wangsa Maju. Majlis pembukaan rasmi ini disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato’ Muhammed bin Hj. Abdullah selaku Tetamu Kehormat.

Majlis ini menandakan satu pencapaian penting bagi jenama tersebut, dengan menyediakan ruang bagi pengunjung merasai potensi sebenar gaya hidup pintar melalui teknologi rumah dan gaya hidup berasaskan kecerdasan buatan (AI).

Carabat AI Lancar Outlet Pertama

Semasa majlis pelancaran, Carabat Al memperkenalkan produk utamanya iaitu rangkaian baharu peralatan rumah dan dapur pintar yang direka untuk berintegrasi secara lancar dengan aplikasi proprietari syarikat, Astana App. Aplikasi ini dibangunkan bagi memudahkan pengurusan pelbagai peranti pintar, sekali gus mengatasi masalah yang biasa dialami di mana peranti sering tidak serasi atau memerlukan aplikasi berasingan.

Sebagai platform utama dalam ekosistem Carabat Al, Astana App membolehkan pengguna mengautomasikan, memantau, dan memperibadikan peranti seperti solusi udara, suis pintar, peralatan rumah dan dapur, serta sistem keselamatan dan CCTV, semanya melalui antara muka yang ringkas dan mudah digunakan.

“Carabat Al dibangunkan dengan mengambil kira keperluan rakyat Malaysia, dengan rekaan mengikut piawaian antarabangsa, kata Shafiq Jailani, Ketua Pegawai Eksekutif Carabat Al, pada sidang media.

“Astana App dan peralatan pintar kami bukan sekadar produk. la membentuk satu ekosistem lengkap yang merealisasikan gaya hidup pintar di kediaman rakyat Malaysia. Pelancaran hari ini memberi peluang kepada pengunjung untuk melihat bagaimana teknologi dapat meningkatkan keselesaan, kemudahan dan gaya hidup seharian secara menyeluruh,” tambahnya.

Outlet ini turut menampilkan zon interaktif di mana para pengunjung dapat menerokai pelbagai produk Carabat Al. Peranti Al dan aksesori pintar seperti cermin mata, cincin dan peranti pemantauan kesihatan turut dipamerkan bersama ekosistem rumah pintar yang saling berhubung, membolehkan pengunjung mencuba sendiri teknologi ini dan merasai manfaat praktikalnya.

Dalam sidang media yang sama, Perakash Nair, Pengurus Pemasaran Carabat Al berkata, jenama tersebut berhasrat mengukuhkan kehadirannya di pasaran dengan membuka 15 outlet pengalaman pelanggan di bandar-bandar utama Malaysia dalam tempoh setahun akan datang.

“Outlet pengalaman pelanggan ini merupakan langkah pertama dalam strategi pengembangan kami di seluruh negara. Kami menjangkakan pertumbuhan tahunan sebanyak 30% sejajar dengan peningkatan penggunaan teknologi rumah pintar oleh pengguna. Dengan menawarkan inovasi gaya hidup pintar yang mudah diakses dan praktikal, kami percaya Carabat Al mampu memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan gaya hidup pintar di Malaysia.”

Selain outlet di Wangsa Maju, Carabat Al turut membuka tiga lagi outlet pengalaman pengalaman pelanggan di Sri Hartamas, Pulau Pinang dan Kota Bharu pada hari yang sama.

Syarikat juga merancang untuk membuka outlet tambahan di Wisma Sabah, Seremban 2 dan Subang menjelang November. Lokasi baharu ini akan meneruskan misi syarikat untuk menyediakan rakyat Malaysia akses langsung kepada penyelesaian gaya hidup pintar yang inovatif.

Ditubuhkan dengan visi untuk menjadikan gaya hidup pintar lebih mudah diakses, praktikal dan mesra pengguna, Carabat Al menggabungkan reka bentuk yang diterajui oleh pasukan tempatan dengan piawaian pembuatan global. 

Carabat Al mendefinisikan dirinya sebagai pakar gaya hidup pintar dengan mencipta teknologi yang meningkatkan keselesaan, keterhubungan dan kemudahan harian. Outlet pengalaman pelanggan ini memberikan peluang kepada pengunjung untuk meneroka sendiri ekosistem teknologi pintar yang saling berhubung, sekaligus mengukuhkan kedudukan jenama ini sebagai perintis inovasi gaya hidup pintar di Malaysia.

Di outlet Wangsa Maju, pelanggan turut berpeluang menyertai aktiviti “Spin the Wheel” dan memenangi hadiah menarik. Dengan setiap pembelian melebihi RM100 dalam satu resit, pelanggan layak untuk satu putaran. Aktiviti ini akan berlangsung selagi stok masih ada.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian penuh penyelesaian gaya hidup pintar Carabat Al, spesifikasi produk, produk terbaru akan datang dan peluang kerjasama, sila layari http://www.carabat-ai.com.

Follow us on:

Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture

Carabat Al Lancar Outlet Pertama di Wangsa Maju, Fokus Gaya Hidup Pintar
Carabat AI secara rasmi membuka outlet pengalaman pelanggan pertamanya di Wangsa Maju, menandakan satu langkah penting dalam memperkasa gaya hidup pintar di Malaysia. Majlis pelancaran diserikan oleh: 1) Sharnaaz Ahmad, selebriti dan ikon gaya hidup 2) Yang Teramat Mulia Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato’ Muhammed bin Hj. Abdullah, Tetamu Kehormat 3) Shafiq Jailani, Ketua Pegawai Eksekutif Carabat AI 1) Shafiq Jailani, Ketua Pegawai Eksekutif Carabat AI 2) Yang Teramat Mulia Dato’ Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan Dato’ Muhammed bin Hj. Abdullah 3) Sharnaaz Ahmad

Leave a Reply

Previous Story

New: Court Grants Lim Guan Eng Permanent Return of Passport Now in Undersea Tunnel Case

Next Story

M40 Malaysians Say Budget 2026 Leaves Them Behind

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights