Malaga, Sepanyol — TEKCE Real Estate mengumumkan pelancaran Program Rakan Kongsi yang diperluas serta Program Afiliasi baharu yang menjadikan jualan hartanah rentas sempadan lebih telus dan menguntungkan. Program-program ini berjalan di atas platform MyTEKCE dan versi label putih Aplikasi TEKCE, memberi rakan kongsi dan ahli afiliasi penjejakan masa nyata, pengalaman pelanggan berjenama, serta akses kepada 7,000+ portoflio hartanah TEKCE di seluruh Sepanyol, Emiriah Arab Bersatu, Türkiye dan Cyprus Utara.
“Hartanah adalah peniagaan yang berlandaskan kepercayaan. Kami membina model kami supaya setiap pihak berkepentingan dapat melihat dengan jelas setiap perkara yang berlaku, waktu dan juga sebab perkara itu berlaku,” jelas Özkan Tekçe, COO TEKCE Real Estate. “Melalui MyTEKCE dan ekosistem rakan kongsi kami, anda bukan sahaja bekerjasama dengan TEKCE, tetapi juga bekerja secara telus di dalam sistem kami dengan jenama dan pelanggan anda, dan memanfaatkan proses keterlihatan sepenuhnya daripada mendapat pertanyaan pertama hingalah kepada pembayaran komisen. Setiap cabaran yang pernah kita hadapi sebagai rakan kongsi menjadi asas kepada pembinaan sistem ini. Kami mereka bentuk program ini supaya rakan kongsi kami tidak perlu menghadapi halangan yang sama.”
Capaian global dan kawalan setempat
Direka untuk broker dan penasihat bebas, Program Rakan Kongsi TEKCE membolehkan ejen di Dubai yang melayan seorang pembeli di Sepanyol, atau seorang penasihat di Stockholm yang melayan pelanggan Türkiye bekerja dalam infrastruktur dan inventori TEKCE sambil mengekalkan hubungan dengan pelanggan mereka.
MyTEKCE ialah sebuah platform perkongsian hartanah antarabangsa termaju masa kini yang dibangunkan oleh TEKCE. Platform ini membolehkan pengguna mendaftar, menjejak dan menguruskan pelanggan secara telus dan pada masa nyata. Rakan kongsi juga turut berada dalam platform MyTEKCE, dan mereka boleh menjejaki status pelanggan dalam CRM TEKCE, keutamaan pembeli, log komunikasi, lawatan tinjauan, pentas tawaran, harga jualan dan status komisen, justeru mengurangkan ketidaktentuan dan menghapuskan kebimbangan tidak rasmi di belakang tabir.
Aplikasi TEKCE tersedia sebagai penyelesaian label putih supaya rakan-rakan kongsi boleh membentangkan beribu-ribu senarai di bawah identiti jenama mereka (logo, visual, pautan kontak) sambil memanfaatkan portfolia antarabangsa TEKCE yang sah dan dikemas kini setiap hari. Ciri ini menggabungkan skala bertaraf perusahaan dengan penyesuaian setempat. Usaha yang disumbangkan oleh beratus-ratus ahli pasukan TEKCE setiap hari akhirnya mengalir melalui rakan kongsi kami, memperkasakan mereka dengan kepakaran kolektif kami sepenuhnya.
Model menang-menang bagi khalayak yang lebih luas
Program Afiliasi TEKCE diperluaskan melangkaui ahli profesional hartanah sehinga ke pembeli dan penjual terdahulu, agensi pelancongan, pempengaruh, penulis blog, pereka kandungan YouTube, pakar SEO, pemasar digital, serta pencipta-pencipta lain dengan khalayak yang terlibat aktif. Selepas mendaftar, ahli afiliasi membuat pautan unik melalui MyTEKCE, menghubungkan khalayak mereka kepada senarai TEKCE, dan memperoleh pendapatan melalui rujukan bagi transaksi yang disahkan—tanpa perlu menjadi ejen hartanah sebenar. Model ini dibentuk sebagai suatu sistem yang telus dan menang-menang bagi semua pihak berkepentingan.
Jejak antarabangsa dan inventori sah
TEKCE beroperasi melalui 20 pejabat di serata 5 negara, termasuk hab di Sepanyol (Alicante, Barcelona, Málaga), Türkiye (Alanya, Ankara, Antalya, Bodrum, Bursa, Fethiye, İstanbul, İzmir, Mersin, Trabzon, Yalova), Emiriah Arab Bersatu (Dubai), Cyprus Utara (Kyrenia), dan Sweden (Stockholm). Tapak ini memberi rakan kongsi dan ahli afiliasi bekalan yang boleh diharapkan dan kepakaran di lokasi sebenar untuk pelanggan rentas sepadan.
“Perkongsian mestilah boleh diukur,” tambah Özkan Tekçe. “Model kami yang berpandukan CRM menunjukkan setiap langkah supaya rakan-rakan kongsi dan ahli afiliasi boleh membina perniagaan jangka panjang berdasarkan ketelusan. Untuk menyokong proses ini, kami telah mewujudkan sebuah pasukan Pengurusan Rakan Kongsi khas. Semua pihak bekepentingan kini boleh menguruskan aliran kerja mereka dengan lebih mudah dan cekap dengan bantuan wakil rakan kongsi yang ditetapkan khas untuk mereka. Rangkaian rakan kongsi dan ahli afiliasi kami kini tersebar hingga ke lebih 100 negara, dan mereka menyokong satu misi bersama: untuk mencipta sebuah industri hartanah yang telus, dikuasakan teknologi dan berpusatkan pelanggan.”
Follow us on:
Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture


