KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang identitinya belum dikenali maut dipercayai terjun dari Jambatan Masjid Abu Hurairah, Kampung Batu, Jalan Ipoh, pagi semalam. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata pihaknya menerima laporan pada 9.25 pagi selepas orang awam memaklumkan ada individu terjun ke sungai.
Wanita Ditemui Maut
Operasi mencari dan menyelamat dijalankan polis dengan bantuan Jabatan Bomba di kawasan pusaran air deras yang berisiko tinggi. Kira-kira pukul 2 petang, pasukan bomba menemui mayat mangsa di Sungai Jalan Murai, Taman Million, dalam air cetek dan menariknya ke tebing. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. Gambar Hiasan
LatestMalaysia
Table of Contents
Follow us on:
Read More News on Business News Malaysia
Read More News on SG Business News
Read More News on World Future TV

