Apple kini bekerjasama dengan Google untuk memperkukuh ciri kecerdasan buatan (AI), termasuk naik taraf besar Siri yang dijangka dilancarkan tahun ini. Perkongsian jangka panjang ini akan menggunakan teknologi Gemini dan awan Google bagi model asas Apple, sambil terus dijalankan pada peranti Apple dan sistem awan peribadi syarikat itu.
Apple Berkerjasama Dengan Google
Bloomberg sebelum ini melaporkan Apple mungkin membayar sekitar AS$1 bilion setahun untuk menggunakan AI Google. Langkah ini menandakan kepercayaan yang semakin meningkat terhadap agenda AI Google, yang pada 2025 mencatat tahun terbaik sejak 2009 dan mengatasi Apple dalam nilai pasaran buat kali pertama sejak 2019.
Follow us on:
Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture


