Seorang lelaki warga China ditahan polis bagi membantu siasatan selepas Jalur Gemilang dipasang secara terbalik di sebuah premis perniagaan di Taman Eko Perniagaan 2, Senai Airport City, Kulai. Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad berkata, insiden itu dikesan menerusi satu hantaran Facebook sekitar jam 4 petang.
Warga China Ditahan
Susulan penularan video berkenaan, polis menjalankan pemeriksaan dan menahan suspek berusia 38 tahun. Jalur Gemilang turut dirampas sebagai bahan bukti. Kes disiasat mengikut Akta Lambang dan Nama 1963, Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Peraturan Imigresen, dan suspek direman tiga hari.
Read More News on Latest Malaysia
Follow us on:
Read More News on Business News Malaysia
Read More News on SG Business News
Read More News on World Future TV

