Kementerian Dalam Negeri mengesahkan kes dakwaan bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, menutup jenayah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA). Keputusan itu dibuat Pejabat Peguam Negara pada 5 Oktober 2022 selepas kertas siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dirujuk kepada mereka.
Kes Apandi Tutup
Siasatan bermula daripada laporan polis Dang Wangi (Repot 14852/2019) mengikut Seksyen 217 Kanun Keseksaan, iaitu penjawat awam mengingkari undang-undang untuk menyelamatkan seseorang daripada hukuman atau harta daripada rampasan. Jawapan bertulis Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dibentangkan di Parlimen sebagai respons kepada soalan Ahli Parlimen Pang Hok Liong (PH-Labis) mengenai status kes dan tindakan lanjut. Tiada penjelasan lanjut diumumkan selepas keputusan NFA itu.
Table of Contents
Read More News on Latest Malaysia
Follow us on:
Read More News on Business News Malaysia
Read More News on SG Business News
Read More News on World Future TV

