///

alrajhi bank Malaysia memperkukuh perniagaan perbankan runcit dengan kad kredit Visa baharu

2 mins read

Kad baharu menawarkan pulangan tunai, ganjaran perjalanan dan pengurusan kad secara digital menerusi aplikasi MY alrajhi.

KUALA LUMPUR, 14 Julai 2026 – alrajhi bank Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran kad kredit Visa pertamanya, iaitu Kad Kredit-i Visa Platinum dan Kad Kredit-i Visa Signature, untuk memenuhi permintaan pengguna terhadap nilai yang semakin meningkat, kemudahan serta kawalan yang lebih baik dalam perbelanjaan seharian mereka.

Pengenalan kad baharu ini merupakan langkah strategik Bank dalam pasaran kad kredit, sekali gus meningkatkan portfolio perbankan runcitnya bagi memenuhi keperluan perbelanjaan harian pelanggan melalui gabungan ganjaran pulangan tunai, manfaat perjalanan, kemudahan pengurusan kad secara digital dan pembiayaan patuh Syariah.

“Selama bertahun-tahun, pelanggan alrajhi bank Malaysia telah meletakkan kepercayaan kepada kami dalam memenuhi keperluan simpanan, pembiayaan dan pelaburan mereka. Pelancaran kedua-dua kad kredit pertama ini merupakan langkah penting dalam melengkapkan rangkaian penyelesaian kewangan kami melalui ganjaran yang bermakna untuk perbelanjaan harian serta pengurusan kad secara digital yang mudah, lancar, dan selamat,” kata Syahrul Ishak, Ketua Pegawai Eksekutif alrajhi bank Malaysia. “Bersempena dengan pelancaran ini, kami turut memberikan ganjaran istimewa kepada pengguna terawal menerusi kempen pulangan tunai bagi tempoh terhad, sekali gus menawarkan lebih banyak nilai kepada pelanggan apabila mereka mula menggunakan kad kredit baharu kami.”

alrajhi bank – kad kredit baru

Kad-kad baharu ini menawarkan ganjaran bagi perbelanjaan dalam kategori yang lazim digunakan oleh pengguna, termasuk pembelian barangan runcit, makan di luar, pembelian dalam talian, pembayaran utiliti dan transaksi di luar negara.

Kad Kredit-i Visa Platinum menawarkan ganjaran bagi perbelanjaan harian menerusi pulangan tunai sebanyak 5% untuk perbelanjaan berkaitan makan di luar, pembelian barangan runcit, transaksi dalam talian dan pembayaran utiliti, tertakluk kepada had RM30 sebulan. Selain itu, pemegang kad turut menikmati pulangan tunai tanpa had sebanyak 0.2%bagi semua pembelian runcit lain yang layak. Kad ini juga ditawarkan tanpa fi tahunan seumur hidup untuk pemegang kad utama dan kad tambahan.

Bagi mereka yang kerap melancong, Kad Kredit-i Visa Signature menawarkan pulangan tunai sebanyak 10% bagi perbelanjaan di luar negara, tertakluk pada had sebanyak RM80 sebulan, berserta pulangan tunai tanpa had sebanyak 0.6% bagi perbelanjaan lain yang layak mengikut mata wang tempatan. Pemegang kad turut menikmati akses percuma ke ruang istirahat lapangan terbang Priority Pass di seluruh dunia serta perkhidmatan Visa Concierge 24/7 bagi kemudahan berkaitan perjalanan, makan di luar dan gaya hidup. Fi tahunan bagi Kad Kredit-i Visa Signature dikecualikan pada tahun pertama dan akan terus dikecualikan dengan sekurang-kurangnya satu transaksi runcit sebulan selama 12 bulan berturut-turut.

Bersempena dengan pelancaran ini, alrajhi bank Malaysia memperkenalkan kempen pulangan tunai masa terhad bagi pelanggan kad kredit baharu. Pemohon yang layak dan membuat permohonan dalam tempoh kempen, memenuhi syarat perbelanjaan yang ditetapkan, serta mematuhi terma kempen akan menjadi antara yang terawal menerima pulangan tunai RM100 dengan Kad Kredit-i Visa Platinum, atau antara pemegang kad baharu yang layak dan terawal menerima pulangan tunai RM150 dengan Kad Kredit-i Visa Signature, sebagai tambahan kepada manfaat pulangan tunai sedia ada.

Kedua-dua kad boleh diuruskan melalui aplikasi MY alrajhi, membolehkan pelanggan memantau transaksi dan mengakses ciri keselamatan kad dengan mudah melalui peranti mudah alih.

Kad-kad ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berumur antara 21 hingga 65 tahun dengan pendapatan tahunan minimum sebanyak RM24,000 bagi Kad Kredit-i Visa Platinum dan RM60,000 bagi Kad Kredit-i Visa Signature.

Pelanggan boleh mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kad-kad ini dengan memuat turun borang permohonan dan mendapatkan arahan penyerahan permohonan di www.alrajhibank.com.my/personal/cards/credit-cards.

#latestmalaysia

News Malaysia and Global

Read More News on Latest Malaysia

Read More News on Business News Malaysia

Read More News on SG Business News

Read More News on World Future TV

Read More News #latestmalaysia

Leave a Reply

Previous Story

Food Delivery Rider’s Honesty Wins Praise After Late-Night Spill Incident in Selayang

Next Story

Malaysia, Singapore Push Forward on Johor-Singapore SEZ Masterplan

Latest from Blog

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights