PUTRAJAYA, 18 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa berita baik berkaitan isu bil elektrik akan diumumkan selepas mesyuarat khas di Bangunan Perbendaharaan hari ini.
Menurut Anwar, Tenaga Nasional Berhad (TNB) akan mengeluarkan kenyataan akhbar dalam masa terdekat. “TNB dah selesai, akan keluarkan kenyataan segera okay? It’s a good news,” katanya ringkas kepada pemberita.
Elektrik
Mesyuarat itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, pengurusan tertinggi Kementerian Kewangan, TNB dan Suruhanjaya Tenaga.
Mesyuarat khas ini menjadi perhatian susulan kebimbangan pengguna terhadap peningkatan bil elektrik serta mekanisme pelarasan kos bahan api automatik (AFA).
Table of Contents
Read More News on Latest Malaysia
Follow us on:
Read More News on Business News Malaysia
Read More News on SG Business News
Read More News on World Future TV
Read More News #latestmalaysia


