Kuala Lumpur, 05 September 2024 – Cheetah Holdings Berhad (Cheetah), yang memiliki dan mengurus jenama pakaian popular CHEETAH, hari ini mengambil ‘Flash’, seekor cheetah jantan berusia 5 tahun yang menetap di Zoo Negara, sebagai anak angkat. Program anak angkat yang bernilai RM18,700 setahun ini, adalah bukti komitmen syarikat untuk memelihara spesies terancam dan menyokong usaha pemuliharaan negara.
Selain itu, Cheetah dan Zoo Negara turut melancarkan koleksi edisi terhad Cheetah X Zoo Negara. Koleksi ini adalah satu penghormatan kepada nama syarikat dan diilhamkan oleh keindahan, keanggunan, dan kelajuan cheetah. Cheetah akan menyumbangkan 10% daripada jumlah jualan koleksi ini kepada Zoo Negara untuk perbelanjaan operasi dan program pemuliharaan.
Cheetah mangadopsi Flash, penghubi Baru Zoo Negara

Sempena kerjasama unik antara sektor awam dan swasta ini, hampir 100 orang pekerja dari Cheetah telah secara sukarela melangkan masa dan tenaga mereka pagi ini untuk membershkan dan menceriakan zoo serta persekitarannya.
Ini termasuk bantuan kepada penjaga zoo dalam menyediakan penjagaan harian untuk hidupan liar, termasuk penjagaan, pembersian pameran, penyediaan makanan, dan aktiviti pengayaan tingkah laku haiwan.
Roy Ho Yew Kee, Pengarah Eksekutif Cheetah Holdings Berhad, berkata, “Cheetah adalah simbol kelajuan, ketangkasan, dan ketahanan. Dengan mengambil Flash sebagai anak angkat, ia mengingatkan kami mengenai nilai-nilai teras serta komitmen kami bagi menghasilkan nilai mampan untuk semua pihak berkepentingan kami.
“Inisiatif kami hari ini juga membolehkan kakitangan kami turut memainkan serta dan aktif dalam pemuliharaan flora dan fauna. Dalam masa yang sama, peminat CHEETAH dan orang ramai juga boleh menyumbang secara positif melalui koleksi CHEETAH X Zoo Negara,” tambahnya.
Program ini akan membantu dari segi penjagaan, pemakanan, dan keperluan perubatan cheetah, serta menyumbang kepada inisiatif pemuliharaan dan pendidikan yang lebih luas di Zoo Negara
Pada usia lima tahun, Flash telah membesar menjadi cheetah dewasa yang sihat di Zoo Negara. Dilahirkan pada 6 Jun, ia adalah salah satu daripada dua anak yang diselamatkan oleh penjaga zoo selepas ibu mereka, Tianna, mula menunjukkan naluri semula jadi untuk menyingkirkan anak-anak yang lemah.
Dipelihara oleh manusia sejak usia kecil, Flash telah menjadi jinak dan menyesuaikan diri dengan baik di persekitarannya. Selama bertahun-tahun, dia terus membesar dengan aktif dan gemar bermain, bagaimanapun kini ia telah matang dan mempunyai kekuatan dan ketangkasan dewasa. Flash merupakan antara unit yang penting dalam populasi cheetah Zoo Negara. la merupakan kejayaan zoo tersebut dalam penjagaan haiwan yang dilaksanakan penuh teliti dan dedikasi.
Kerjasama strategik Cheetah dengan Zoo Negara ini selaras dengan strategi kelestarian yang bertujuan untuk meningkatkan konservatisme alam sekitar, menyokong pemuliharaan hidupan liar, dan memperkaya kehidupan masyarakat di kawasan di sekitar.
Follow us on:
Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture


