Dua lelaki maut manakala seorang wanita cedera ringan dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di Jalan Burma, George Town, tengah hari tadi. Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata kejadian berlaku kira-kira jam 11.56 pagi apabila seorang penunggang berusia 71 tahun dipercayai menukar laluan secara mengejut dari lorong kiri ke simpang kanan di Lengkok Burma.
Dua Maut
Tindakan itu menyebabkan dua motosikal lain gagal mengelak lalu melanggar dari belakang. Mangsa berusia 71 tahun maut di lokasi, manakala seorang lagi penunggang berusia 41 tahun meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – Gambar Hiasan
Table of Contents
Read More News on Latest Malaysia
Follow us on:
Read More News on Business News Malaysia
Read More News on SG Business News
Read More News on World Future TV

