KUALA LUMPUR, 25 Februari 2025 – Elridge Energy Holdings Berhad (Elridge Energy Group) hari ini mengumumkan keputusan kewangannya bagi suku keempatyang berakhir pada 31 Disember 2024 (Q4 2024).
Bagi Q4 2024, Kumpulan mencatatkan hasil sebanyak RM95.55 juta dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM13.79 juta. Hasil dan keuntungan sebelum cukai ini diperoleh daripada pelanggan yang berpangkalan di Jepun, Thailand, Singapura, Indonesia, dan Malaysia.
Kos bahan mentah merupakan komponen terbesar dalam kos jualan Kumpulan, iaitu sebanyakRM69.89 juta atau 92.36% daripada jumlah keseluruhan kos jualan sebanyak RM75.67 jutabagi Q4 2024. Walaupun begitu, keuntungan selepas cukai adalah sebanyak RM9.63 juta.
Keuntungan sebelum cukai
Tiada angka perbandingan bagi suku tahun yang sama sebelumnya kerana tiada laporankewangan yang disediakan bagi tempoh kewangan tersebut.
Dari perspektif kumulatif, Kumpulan mencatatkan hasil sebanyak RM389.05 juta bagi tahun kewangan setakat ini (YTD Q4 2024) dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM56.35 juta. Selepas mengambil kira jumlah kos jualan sebanyak RM307.39 juta, di mana RM283.48 juta (92.22%) terdiri daripada kos bahan mentah, Kumpulan berjaya mencatatkan keuntungan selepas cukai sebanyak RM41.17 juta.
Pendapatan daripada pembuatan Processed Palm Kernel Shells (PKS) kekal sebagai pemacu utama pada kadar 85.16%, manakala perdagangan Wood Pellets menyumbang 14.84% daripada jumlah keseluruhan hasil bagi YTD Q4 2024.
Oliver Yeo, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Elridge Energy Holdings Berhad, berkata, “Prestasi kewangan kami mencerminkan perkembangan pesat industri bahan api biojisim serta kedudukan strategik Elridge Energy dalam pasaran yang semakin berkembang ini. Permintaan yang semakin meningkat terhadap penyelesaian tenaga lestari telah mendorong peningkatan penggunaan PKS dan wood pellets kami, khususnya dalam kalangan pelanggan antarabangsa yang mencari sumber bahan api biojisim yang berkualiti tinggi dan boleh dipercayai.”
“Melangkah ke hadapan, Kumpulan menjangkakan permintaan global yang berterusan untuk produk bahan api biojisim yang inovatif dan berkualiti tinggi, dipacu oleh inisiatif peralihan tenaga di seluruh dunia.”
“Menurut laporan Independent Market Research, industri PKS di rantau Asia-Pasifik dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 8.9%, meningkat daripada anggaran USD308.6 juta (RM1.4 bilion) pada 2024 kepada USD366.1 juta (RM1.7 bilion) menjelang 2026. Industri wood pellet di rantau ini juga dijangka berkembang pada CAGR sebanyak 8.6%, meningkat daripada USD10.6 bilion (RM48.4 bilion) pada 2024 kepada USD12.5 bilion (RM57.1 bilion) menjelang 2026.”
Pelanggan antarabangsa
Menyedari kepentingan terhadap kapasiti pengeluaran dalam mendapatkan kontrak bekalan jangka panjang, terutamanya daripada pelanggan antarabangsa, kami komited untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran PKS kami. Pelanggan dan pengguna akhir antarabangsa sering memberi keutamaan kepada pembekal yang mampu memenuhi keperluan berskala besar secara konsisten. Bagi mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran yang kompetitif ini, Kumpulan sedang melabur dalam pembangunan fasiliti pembuatan baharu di Pasir Gudang, Johor; Kuantan, Pahang; dan Lahad Datu, Sabah.”
Sebanyak RM68.14 juta daripada hasil Tawaran Awam Permulaan (IPO) Kumpulan telah diperuntukkan untuk inisiatif pengembangan ini. Setiap fasiliti baharu akan dilengkapi dengan dua barisan pengeluaran PKS, dengan kapasiti pengeluaran tahunan gabungan dianggarkan sebanyak 240,000 metrik tan bagi setiap lokasi apabila beroperasi sepenuhnya. Langkah pengembangan ini akan membolehkan Elridge Energy memenuhi permintaan yang semakin bertambah dan meningkatkan kecekapan rantaian bekalan, serta memperkukuh kepimpinannya dalam sektor tenaga boleh diperbaharui.
Yeo menambah, “Dengan prestasi kewangan yang kukuh, rancangan pengembangan strategik, dan komitmen terhadap amalan lestari, Elridge Energy berada dalam kedudukan yang baik untuk pertumbuhan jangka panjang. Kami terus berusaha memanfaatkan keupayaan kami untuk menyokong peralihan global ke arah tenaga boleh diperbaharui sambil memberikan nilai mampan kepada para pemegang kepentingan.”
Table of Contents
Read More News on Business News Malaysia
Follow us on:
Read More News #latestmalaysia
Read More News on Business News Malaysia

