GrabFood Memperkenalkan Saver Delivery

1 min read

Memperkenalkan pilihan penghantaran yang telah diperkemaskan, penghantaran makanan kini lebih mudah diakses


PETALING JAYA, 28 FEBRUARI 2023 – GrabFood Malaysia memperkemaskan pilihan penghantaran mereka untuk menjadikannya lebih berpatutan dan lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia. Ini termasuk memperluaskan pilihan Saver Delivery ke bandar-bandar lain di seluruh negara mulai hari ini, bagi memberikan pilihan kos penghantaran yang lebih rendah.

GrabFood Saver Delivery

Berkongsi inspirasi di sebalik pengembangan ini, Jiong Jian Tan, Pengarah Komersial dan Penghantaran Grab Malaysia berkata, “Dalam iklim semasa ini, kami percaya betapa pentingnya untuk terus meningkatkan perkhidmatan kami, menjadikannya lebih berpatutan sambil memenuhi keperluan setiap  pengguna. Di samping mempunyai rangkaian restoran terluas yang digemari rakyat Malaysia, Saver Delivery kini membolehkan kami untuk menawarkan pilihan kos penghantaran terendah di seluruh negara. Kami berharap dengan penambahbaikan ini, kami dapat memperluaskan lagi perkhidmatan ini kepada lebih ramai rakyat Malaysia di seluruh negara dan memberi mereka kemudahan yang boleh diakses dan sesuai dengan gaya hidup mereka.”

Unknown 13

Hidangan makanan lebih berpatutan dengan kos penghantaran terendah Grab

Diperkenalkan dalam fasa perintisnya pada bulan November 2022, Saver Delivery adalah pilihan dimana pengguna dapat menikmati kos penghantaran serendah RM1 dengan rangkaian restoran terluas di GrabFood, sebagai pertukaran dengan masa penghantaran yang lebih lama sedikit. Ini dilakukan dengan pengumpulan pesanan untuk rakan-penghantar Grab yang dalam perjalanan ke arah yang sama. Oleh itu, hanya restoran yang tersedia akan mempunyai Saver Delivery bergantung pada beberapa faktor seperti masa pesanan dibuat dan lokasi. Rakan-penghantar juga akan diberi papasan yang sama seperti pilihan penghantaran yang lain.

Pengembangan Saver Delivery juga menyaksikan pengenalan Direct Delivery dalam pilihan penghantaran yang telah diubahsuai, di mana ia dapat mengurangkan lagi masa penghantaran bagi pengguna yang mahu mempercepatkan proses penerimaan pesanan mereka.. Bersama dengan pilihan baharu ini, ciri seperti keupayaan menjadualkan pesanan (scheduled order) dan pengambilan makanan sendiri (self pick up), memberikan pengguna pelbagai pilihan mudah untuk mendapatkan makanan mereka.

Ekosistem Grab

Dengan adanya kemudahan seperti  ini,  penghantaran makanan akan lebih mudah diakses oleh pengguna serta memenuhi pelbagai selera. Pilihan penghantaran yang telah diperkemaskan juga dapat memberi manfaat kepada rakan kongsi penghantaran dan rakan-niaga kami supaya dapat  merangsangkan lagi peluang mereka untuk menjana pendapatan tambahan.

“Kami komited untuk terus mempertingkatkan perkhidmatan kami untuk memberikan penyelesaian kepada semua pengguna dalam ekosistem yang bergantung pada platform kami. Melalui ini, kami berharap kami dapat melindungi kemampanannya – di mana kami akan sentiasa menyediakan kemudahan yang berpatutan kepada pengguna dan juga sebagai sumber peluang pendapatan bagi rakan-niaga dan rakan kongsi penghantaran kami.” akhir Tan.

starbucks

Read More News @LatestMalaysia

Malaysia-Singapore: Anwar Ibrahim Paves Way Stronger Ties

The Malaysia-Singapore relationship is expected to improve under Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim says controversial figure from Penang MORE

More Photos – GrabFood

Saver Deliver Y Graphic 1

SaverDeliverygraphic 2 Horizontal
GrabFood
GrabFood Memperkenalkan Saver Delivery

Leave a Reply

Previous Story

Novartis Malaysia dianugerahkan sebagai Majikan Terbaik 2023 untuk empat tahun berturut-turut

Next Story

Single Women Freeze Eggs in China Social Empowerment

Latest from Blog

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights