Friendship Group of Inter-Religious Services merujuk kepada isu melibatkan tindakan menjadikan agama sebagai bahan jenaka yang tular baru-baru ini. FGIS menegaskan tindakan sebegini boleh menyemarakkan ketegangan antara masyarakat khususnya apabila ia menyentuh sensitiviti agama rakyat negara ini.
Justeru, FGIS menggesa agar pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab supaya menghentikan tindakan menjadikan isu sensitif seperti agama sebagai bahan jenaka.
Menyesali situasi panas yang berlaku hari ini, FGIS yakin isu ini dapat diselesaikan sekiranya pihak berkenaan menyedari tanggungjawab masing-masing untuk menjaga tatasusila dan prinsip hidup secara damai dengan menjaga sensitiviti dan perasaan semua penganut agama di Malaysia.
