ISP Memperolehi Aset Industri Bernilai RM 188.5 Juta
Eric Ng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ISP Holding Sdn Bhd.
//////

ISP Memperolehi Aset Industri Bernilai RM 188.5 Juta

1 min read

Selangor, 24 October 2024 – Kumpulan Syarikat ISP (ISP), sebuah syarikat hartanah yang pakar dalam segmen Gudang Logistik dan Hab Pembuatan (LWMH) serta Penginapan Pekerja Khas (PBWA), hari ini mengumumkan bahawa ia telah memeterai perjanjian jual beli (SPA) untuk empat aset industri dengan jumlah keluasan kasar lantai hampir 850,000 kaki persegi (SF) pada jumlah kos RM188.5 juta.

Pengambilalihan ini, yang akan dibiayai oleh dana dalaman ISP dan pinjaman, terdiri daripada satu tapak pembangunan semula dan satu tapak brownfield di Johor serta dua tapak brownfield di Selangor. ISP berhasrat untuk mengubah aset-aset ini menjadi gudang logistik dan hab pembuatan yang berorientasikan kelestarian bagi memenuhi permintaan terhadap kemudahan-kemudahan jenis ini di Malaysia. Syarikat itu juga menyatakan bahawa aset-aset ini akan mula disewakan atau dipajak menjelang suku pertama 2025.

ISP Memperolehi Aset Industri Bernilai RM 188.5 Juta

Eric Ng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ISP Holding Sdn Bhd, berkata, “Kami menjangka permintaan untuk menyewa atau memajak gudang logistik utama, terutamanya yang terletak di kawasan strategik dan mudah diakses di Malaysia akan meningkat berikutan asas ekonomi yang kuat di negara ini dan prospek pertumbuhan positif dalam industri utama termasuk semikonduktor, pembuatan, teknologi (pusat data) dan logistik.”

“ISP juga percaya bahawa kadar sewa akan terus meningkat dalam tempoh masa terdekat memandangkan kekurangan bekalan gudang Gred A dan hab pembuatan. Kos pembinaan yang lebih tinggi untuk kemudahan-kemudahan jenis ini pula menjadi antara halangan untuk menembusi pasaran,” tambahnya.

Menurut Ng, ISP memberi tumpuan untuk memastikan bahawa setiap aset LWMH mempunyai infrastruktur yang terpelihara, bekalan elektrik dan air yang boleh dipercayai, rangkaian pengangkutan yang menyeluruh, serta dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan penting supaya penyewa dapat menjalankan operasi tanpa gangguan. “Sebagai komitmen kami menuju kelestarian, kami juga sedang berusaha untuk mendapatkan pensijilan hijau untuk semua aset LWMH kami,” katanya.

Berikutan pemerolehan empat aset industri baharu ini, ISP kini mempunyai portfolio 8 aset LWMH dengan jumlah keluasan lantai kasar sebanyak 2.3 juta SF.

“Seterusnya, ISP bercadang untuk mengembangkan lagi portfolio dalam LWMH, dengan memberi tumpuan terutamanya kepada tanah perindustrian dan hartanah di Johor dan Lembah Klang. Kami juga akan terus melabur dalam mempertingkatkan inovasi, menambah baik spesifikasi, serta menggabungkan elemen kelestarian dalam aset-aset kami untuk memenuhi permintaan penyewa yang semakin berkembang,” Ng menyimpulkan.

Follow us on:

Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture

ISP Memperolehi Aset Industri Bernilai RM 188.5 Juta
Eric Ng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan ISP Holding Sdn Bhd.

Leave a Reply

Previous Story

Kepala Batas MP asks the government to provide RON95 at RM1.35

Next Story

New: PKR ministers salary cut at 40% but opposition discusses about kencing

Latest from Blog

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights