Kebakaran Bilik Sampah Di Kementerian Kewangan

1 min read

Kenyataan rasmi dari Kementerian Kewangan:

Kementerian Kewangan ingin mengesahkan satu kejadian kebakaran kecil telah berlaku pada 6 Disember 2022 (Selasa), jam 2:26 petang di Bilik Sampah yang terletak di Aras G, Blok Utara, Bangunan Perbendaharaan, Kompleks Kementerian Kewangan, Putrajaya.

Kebakaran kecil tersebut telah berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat, Putrajaya dan disahkan tidak merebak ke kawasan lain di Bangunan Perbendaharaan. Tiada kecederaan dan tiada sebarang kerugian dilaporkan.

Kementerian Kewangan masih menunggu laporan rasmi daripada pihak berkuasa mengenai punca kejadian insiden kebakaran tersebut.

Kementerian Kewangan

Kementerian Kewangan
Gambar Kementerian Kewangan, dari Wikipedia.

Leave a Reply

Previous Story

Tengku Zafrul States Allegation Of Him Attending World Cup Is Fake News

Next Story

Netizens Speculate Evidence Destruction In Ministry Of Finance Fire

Latest from Blog

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights