All Latest Malaysia Trending and Breaking News

What's Up

Pelajar Nilai Disahkan Positif Dadah Selepas Video Khayal Tular

dadah, meth trafficking, meth, Synthetic Drug Surge, drug addiction, close up photo of assorted medicines surrounding a person s eye

Polis mengesahkan seorang pelajar lelaki Tingkatan 5 yang didakwa berada dalam keadaan khayal di dalam kelas di sebuah sekolah menengah di Nilai adalah pelajar positif dadah, menurut ujian saringan awal air kencing, lapor Sinar Harian.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, ujian tersebut mendapati pelajar terbabit positif dadah jenis ketamin, benzodiazepin (Benzo) dan THC.

Pelajar positif dadah selepas ujian saringan

Menurut Alzafny, keputusan ujian itu masih tertakluk kepada pengesahan lanjut. Satu laporan polis juga telah dibuat berhubung kejadian tersebut.

Beliau berkata, polis mengambil maklum mengenai satu rakaman video yang tular di platform Threads pada Rabu (4 Nov), yang memaparkan seorang pelajar disyaki berada dalam keadaan khayal akibat penggunaan vape.

Susulan itu, polis menjalankan siasatan dan berjaya mengenal pasti pelajar berkenaan, katanya dalam satu kenyataan pada Khamis (5 Nov).

Kejadian dipercayai berlaku 28 Oktober

Siasatan awal mendapati kejadian itu dipercayai berlaku pada 28 Oktober lalu di sebuah sekolah menengah di Nilai.

Dalam video yang tular itu, pelajar berkenaan dilihat berdiri dalam keadaan membongkok dengan kepala tertunduk berhampiran sebuah meja. Keadaannya yang kelihatan tidak stabil turut menarik perhatian beberapa pelajar lain di dalam kelas.

Hantaran video itu disertakan kapsyen yang dipercayai merujuk kepada tingkah laku pelajar tersebut.

Dirujuk kepada AADK

Alzafny berkata, pelajar itu akan dirujuk kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Polis memandang serius sebarang bentuk penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang, khususnya dalam kalangan pelajar,” katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan, sebaliknya memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa dalam menangani gejala penyalahgunaan dadah.

#latestmalaysia

Read More News on Latest Malaysia

Read More News on Business News Malaysia

Read More News on SG Business News

Read More News on World Future TV

Read More News #latestmalaysia

Leave a Reply

Verified by MonsterInsights