Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional Memperlekeh Wanita

1 min read

Semalam, calon Perikatan Nasional Gombak Datuk Seri Azmin Ali dilaporkan telah mempertahankan kenyataan Dato’ Seri Sanusi Md Nor, Menteri Besar Kedah, yang menyebut bahawa kononnya wanita tidak layak menjadi Ahli Parlimen di luar bandar dengan menggunakan contoh kawasan Sik di Kedah. Mereka memperlekeh wanita.

Beliau adalah Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional dan jika inilah pendirian Perikatan Nasional terhadap wanita, kemungkinan besar nasib dan peranan wanita dalam membentuk masa depan negara kita akan dipinggirkan.

P.098 Gombak memerlukan calon yang akan memelihara maruah wanita serta memberdaya dan memperkasakan peranan wanita dalam menentukan hala tuju negeri dan negara, seperti yang telah dibuktikan di negeri Selangor selama 14 tahun dan akan dibuktikan selepas Pakatan Harapan diberikan amanah oleh kaum wanita serta seluruh warga Selangor dan Malaysia untuk mentadbir di Putrajaya, kata Sekretariat Kempen Amirudin Shari, Calon Pakatan Harapan P.098 Gombak.

Memperlekeh Wanita

Memperlekeh Wanita
Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional Memperlekeh Wanita

Leave a Reply

Previous Story

Kerajaan dan Pemimpin Baharu Mesti Sokong Agenda Pemuliharaan dan Pemeliharaan Hutan 

Next Story

Working with the Young Generation: The Acting Your Wage Movement

Latest from Blog

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights