Bekas anggota kabinet Dato Seri Rafidah Aziz mengemukakan pelbagai cadangan bagaimana pentadbiran dan pengawalan penularan wabak Covid-19 di negara ini dapat diurus dengan lebih baik.
Bercakap dalam dalam satu program atas talian dipengerusikan oleh penasihat Star Media Group Datuk Sri Wong Chun Wai, Rafidah juga mempersoalkan kenapa beberapa kajian yang difikirkan perlu tetapi telah tidak dilaksanakan.
“Antaranya, tidak dibuat kajian ke atas impak lockdown terhadap masyarakat,” katanya.
Beliau juga bimbang tiada kajian dibuat terhadap perbelanjaan besar yang dikeluarkan kerajaan kerana bantuan diberikan cuma seperti “knee-jerk reaction” iaitu sekadar memberi tanpa ada rancangan jelas yang membawa kepada penyelesaian jangka panjang.
“Berapa lamakah anda mampu memberikan bantuan kewangan seperti ini?” soal beliau.
Beliau juga merasakan strategi yang diumumkan seringkali mengelirukan dan seolah-olah berubah-rubah setiap masa.
Rafidah juga berkata sekiranya benar wabak ini banyak berlaku di kilang-kilang dan tempat kerja, seharusnya majikan diberikan mandat untuk melakukan vaksin terhadap pekerja-pekerja mereka.
“Dengan cara ini, pekerja akan dilindungi, dan kilang boleh terus beroperasi dan terus menyumbang kepada ekonomi,” katanya.
Lihat video: Rafidah Persoal Pentadbiran Pengawalan COVID-19?
