Rakyat Mula Mencuri Ikan Kembung Dan Sayur

1 min read

Kuala Lumpur: Kes mencuri di pasaraya Mydin meningkat sejak kebelakangan tetapi apa yang menjadi sasaran curi berbeza sama sekali dengan sebelumnya.

Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Ameer Ali Mydin, berkata jika dulu peralatan elektrik sering menjadi sasaran tetapi kini ia berubah kepada bahan-bahan makanan termasuk ikan kembung.

Malaysiakini melaporkan Ali berkata demikian semasa menjadi panel sidang media anjuran Industries Unite (IU) iaitu gabungan 115 persatuan, institusi dan badan perdagangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Ini menyedihkan, katanya.

Bukan itu sahaja menurut Ali, yang juga presiden Persatuan Peruncit Bumiputera, penjualan mi segera di pasar raya Mydin juga melonjak tinggi semasa wabak Covid-19 ini melanda.

“Jualan mi (segera) melonjak sangat-sangat tinggi. Adakah kamu fikir orang malas masak? Tidak! la berlaku kerana orang tak mampu benda lain.

“Mi ialah (pilihan) yang paling murah untuk mengalas perut.

“Adakah kita mahu rakyat kita mengisi perut mereka begini? Ini menyedihkan,” katanya.

Leave a Reply

Previous Story

Lori Tanker Terbakar Tidak Jauh Dari KLIA

Next Story

Ismail Sabri Is The DPM, Hishammuddin promoted To Senior Minister

Latest from Blog

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights