Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara dan Taiwan, mengumumkan bahawa Iklan Facebook atau Facebook Ads kini tersedia secara rasmi di Pusat Penjual Shopee di Malaysia dan lain lain negara, dengan ini memperkasakan komuniti terbesar di rantau ini dengan lebih 20 juta penjual menerusi alatan baharu untuk mengembangkan perniagaan mereka.
Dengan 95% pengguna Shopee bergantung pada Facebook dan Instagram untuk menemui jenama dan produk baharu, integrasi ini membolehkan para penjual meningkatkan kehadiran dalam talian mereka dengan memanfaatkan saluran Facebook, Instagram dan Audience Network demi membantu membawa trafik ke kedai Shopee rasmi mereka.
Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia berkata, “Mereka kini mampu mengembangkan iklan produk mereka kepada aplikasi dan laman web lain, dengan ini meningkatkan pangkalan pelanggan mereka.”
