Satu kemalangan tragis di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, telah meragut tiga nyawa termasuk seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan. Kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta.
Tiga Maut
Siasatan awal mendapati kereta tersebut tiba-tiba membelok ke kanan, menyebabkan motosikal dari arah bertentangan gagal mengelak lalu merempuh sisi kenderaan berkenaan. Penunggang motosikal berusia 25 tahun dan seorang wanita warga emas berusia 88 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian. Manakala, bayi yang parah ketika dipangku mangsa warga emas itu meninggal dunia dua jam kemudian di Hospital Sungai Buloh.

