//

Jangan disebabkan polisi kesihatan yang berniat menguntungkan penjenayah

1 min read

Duti eksais tinggi dengan peraturan ketat ke atas produk rokok dan vape akan meningkatkan pertumbuhan jenayah ekonomi seperti perdagangan rokok seludup, yang sudah pun mengakibatkan Kerajaan kehilangan RM5 bilion dari segi hasil cukai yang tidak dikutip setiap tahun, kata Presiden E-Cure Sdn Bhd, sebuah firma perunding di dalam Kawalan Jenayah Ekonomi, dan juga bekas Ketua Polis Negeri Sarawak dalam satu kenyataan hari ini.  

Datuk Dr Yusoff Nook mengulas laporan baru-baru ini mengenai rancangan Kementerian Kesihatan untuk mengharamkan penjualan produk rokok kepada mereka yang lahir selepas tahun 2005 menyamai usaha New Zealand yang mengharamkan penjualan rokok kepada generasi akan datang.

Walaupun ia ke arah tujuan yang baik, Datuk Dr Yusoff mengingatkan larangan itu dilihat secara menyeluruh dari pelbagai sudut. Di New Zealand, kadar rokok haram hanya pada 11.5% pada 2019. Sebaliknya, kadar rokok haram di Malaysia melebihi 50% dan jika menggunakan inisiatif yang sama  tidak akan mencapai objektifnya dan mendapat hasil yang serupa. Akhirnya sindiket jenayah akan mendapat keuntungan sepenuhnya daripada larangan tersebut.

Menurut Datuk Dr Yusoff, sebelum kenaikan eksais 2015, kadar rokok seludup hanya 36.9%. Selepas eksais dinaikkan, ia melonjak kepada 52.3% pada 2016. “Hari ini, Malaysia menjadi negara no.1 di dunia dari segi rokok seludup di mana 6 daripada 10 rokok dijual di Malaysia adalah produk kontraban. Di Sabah dan Sarawak, keadaannya lebih teruk, di mana 9 daripada 10 rokok dijual adalah tidak dijelaskan cukai.

“Apakah kita mahu kenaikan drastik rokok seludup lagi dengan pengharaman kepada orang dewasa yang lahir selepas 2005?,’’ soal beliau.

Datuk Dr Yusoff seterusnya menambah, pengharaman vape bersama dengan rokok boleh menyebabkan satu lagi perdagangan haram wujud, jika tidak lebih buruk daripada rokok seludup. “Semakin ramai orang beralih kepada vape sekarang sebagai cara untuk berhenti merokok dan kedai vape kini tumbuh seperti cendawan di seluruh negara. Jika cukai eksais yang sangat ekstrem dilaksanakan dan peraturan sangat ketat dikuatkuasakan, pengguna vape pastinya akan beralih kepada penyeludup bagi mendapatkan produk yang mereka mahukan itu.’’

“Ini bukan sahaja akan mendorong sindiket jenayah mengambil kesempatan sepenuhnya tetapi juga menjual produk seludup kepada pengguna. Kita tidak mahu melihat satu lagi segment ekonomi terjerumus ke dalam pasaran gelap. Kerajaan akan berterusan mengalami kerugian dari segi pendapatan dan agensi penguatkuasaan undang-undang akan lumpuh apabila melaksanakan undang-undang yang ketat.’’

“Sebelum melaksanakan pengharaman menyeluruh, KKM perlu bekerja bersama-sama Kementerian lain untuk mencari kaedah menangani masalah rokok seludup di samping membantu membangunkan pembaharuan polisi yang akan memberi impak terhadap permintaan bagi produk haram dalam kalangan pengguna,’’ kata beliau.

Baca lebih banyak artikel lain di portal LatestMalaysia

Leave a Reply

Previous Story

Six countries compete in an international challenge organised by MMU

Next Story

93-million-year-old crocodile found with a baby dinosaur in its stomach

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights