//

Program Cashville Kidz Maybank terus memperkasakan celik kewangan

1 min read

Program celik kewangan Cashville Kidz Maybank telah berjaya menjangkau lebih 7,500 pelajar dan kira-kira 240 pendidik dari 30 sekolah di seluruh negara pada tahun 2021 sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk meningkatkan celik kewangan terutamanya dalam kalangan generasi muda di Malaysia.

Ketua Pegawai Kemampanan Maybank, Shahril Azuar Jimin, berkata, “Program ini berjaya mencapai lebih 7,500 pelajar di 30 sekolah dan melatih lebih 240 guru pada 2021. Tambahan pula, sejak diperkenalkan di Malaysia, Cashville Kidz telah memberi impak positif kepada lebih 206,000 pelajar di lebih 860 sekolah dengan lebih 1,900 guru terlatih. Pada 2021, program di Malaysia terus kekal fokus pada peningkatan tahap celik kewangan pada 26%.”

Maybank mengadakan Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Kewangan kali ketiga bagi menghargai para pendidik dan pelajar yang telah menunjukkan dedikasi dalam mempromosi dan memperjuangkannya di negara ini. Program anugerah ini juga bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran tentang kepentingan celik kewangan di kalangan rakyat Malaysia – sejajar dengan Strategi Celik Kewangan Kebangsaan 2019 – 2023.

Dalam ucapan perasmiannya pada majlis anugerah maya itu, Pengerusi Maybank, Zamzamzairani Mohd Isa, berkata, “Kita telah menyaksikan bagaimana pandemik ini telah menjejaskan ekonomi negara dan tidak ketentuan masa hadapan. Disebabkan ini, kami mahu terus mendidik mereka (generasi muda) tentang cara menjana wang dari hanya memberi mereka terus wang tersebut.”

Program Cashville Kidz Maybank diberi status ko-kurikulum oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, dan diiktiraf serta disahkan oleh pihak berkepentingan utama seperti Kementerian Pendidikan, Belia dan Sukan Cambodia, Bank Nasional Cambodia dan Bangko Sentral ng Pilipinas (Bank Pusat Filipina).

Pemenang-pemenang bagi tiga kategori anugerah yang disampaikan pada majlis Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Kewangan Maybank pada tahun ini ialah:

Anugerah Sekolah Terbaik –  SJK (C) Shan Tao Kota Kinabalu.

(Dianugerahkan kepada sekolah yang mempamerkan kepimpinan teladan, visi dan kesanggupan dalam memacu agenda Celik Kewangan di sekolah mereka)

Anugerah Pendidik Terbaik – Ann Richard Wong daripada SJK (C) Shan Tao Kota Kinabalu.

(Dianugerahkan kepada pendidik yang mempamerkan dedikasi dan komitmen luar biasa semasa program celik kewangan Cashville Kidz Maybank)

Anugerah Pelajar Terbaik – Anaqi Thaqif bin Zainul daripada Sekolah Kebangsaan Taman Scientex Johor Bahru.

Tersukan bacaan lain di portal LatestMalaysia

Leave a Reply

Previous Story

Galaxy S22/S22+: Own the night, Shape your world

Next Story

Six countries compete in an international challenge organised by MMU

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights