YB Dato’ Sri Saifuddin Abdullah, Menteri Luar Negeri akan menerima lawatan kerja Senator Penny Wong, Menteri Luar Negeri Australia ke Malaysia pada 28 hingga 30 Jun 2022.
Lawatan Senator Wong ini dilihat akan mengukuhkan lagi hubungan erat yang telah lama terjalin antara Malaysia sebagai Rakan Kongsi Strategik Komprehensif.
Lawatan ini memaparkan komitmen Malaysia untuk menjalinkan kerjasama yang rapat dengan Kerajaan Australia yang baharu. Lawatan ini juga memberi peluang bagi kedua-dua negara meneroka lebih banyak potensi kerjasama dalam pelbagai sektor demi kebaikan bersama.

