Seorang wanita warga Indonesia bukan saja disamun, malah turut di rogol individu mengaku ‘pegawai imigresen’ pagi kelmarin, kata polis yang menerima daripada seorang mangsa mendakwa didatangi dua lelaki menaiki kereta Honda City dan mengaku sebagai pegawai Imigresen.
Mereka membawa mangsanya ke sebuah hotel sebelum dia ditinggalkan di tepi jalan dalam kejadian yang berlaku pada jam 6.50 pagi ketika mangsa yang bekerja sebagai tukang cuci bersama seorang lagi rakan senegaranya berusia 30-an dalam perjalanan ke tempat kerja di Pandan Indah.
Dua lelaki itu memberitahu mahu membuat pemeriksaan pasport dan permit kerja lalu meminta mangsa serta rakannya menaiki kereta. Ketika dalam perjalanan, suspek mengambil barang kemas dan wang tunai milik mangsa. Dua2 lelaki itu telah ditahan oleh pihak polis.
