Agrobank menerusi program ‘Agrobank dan Komuniti’ telah mengadakan misi bantuan banjir kepada mangsa banjir di sekitar Hulu Langat, Selangor pada 27 Disember 2021.
Seramai lebih daripada 30 orang sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan Agrobank telah menyertai misi bantuan ini dengan melakukan kerja-kerja pembersihan di beberapa buah rumah di sekitar Batu 16, Nanding and Desa Raya, Hulu Langat, Selangor.
Aminuddin Amenon, Ketua Pegawai Pembangunan Agrobank berkata “Agrobank bersimpati
dengan cabaran dan keperitan yang dihadapi mangsa-mangsa banjir. Justeru, kami telah
menjalinkan kerjasama dengan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Hulu Langat yang telah membantu Agrobank dalam mengenalpasti rumah-rumah mangsa banjir yang memerlukan bantuan pembersihan. Inisiatif yang diberikan Agrobank ini merangkumi kerja-kerja pembersihan perparitan kawasan rumah dan di dalam rumah yang di selaputi lumpur, pengasingan barangan, membasuh pakaian, pembuangan sampah dan lain-lain.”
