Kuala Lumpur: DAP boleh menyekat perkongsian PN di Facebook, kata Ramesh Rao, seorang ‘pemerhati’ DAP dalam sebuah video viral.
Rao berkata masalah PN baru sahaja bermula, iaitu semasa PRU15, di mana DAP akan mendapat sokongan Facebook untuk menang pilihan raya.
Sekadar dakwaan liar, dia mengatakan DAP diberi perisian yang sangat luar biasa sehingga dapat mengawal setiap perkongsian di media sosial dan menjadi alat yang hebat untuk digunakan oleh DAP dan PH, katanya.
Dia juga menuduh bahawa Facebook berat sebelah kepada PH dan DAP.
Walaupun begitu, Facebook bersifat nuetral selama ini dan semua orang boleh berkongsi apa yang mereka mahu. Tetapi jika melanggar peraturan masyarakat, mereka akan dihukum.
Untuk iklan politik, Facebook mengharuskan semua orang menandatangani perjanjian untuk mereka bertanggungjawab bagi setiap perkongsian, meskipun ia hanyalah iklan.
