Kuala Lumpur – Bersesuaian dengan amalan berkumpul antara keluarga dan rakan-rakan bagi meraikan Tahun Baharu Cina yang akan datang, De.Wan 1958 by Chef Wan hari ini melancarkan set Perjumpaan Tahun Baru Cina (Chinese New Year Reunion) yang direka khas dan juga Feast of the Dragon Yee Sang yang sesuai untuk perayaan tersebut.
Sebagai permulaan yang ideal, The Feast of the Dragon adalah Yee Sang atau salad yang bertujuan membawa permulaan yang meriah dan tanda kemewahan kepada perayaan. Dengan Ayam Salai Madu yang lembut, kemewahan Salmon yang diasapkan, atau sentuhan mewah udang kara Sabah, setiap hidangan adalah gabungan keharmonian rasa dan tekstur, menjanjikan sajian yang membawa tuah ke tahun baharu.
Ganjaran Tahun Baru Cina
Beralih ke set Chinese New Year Reunion, Datuk Redzuawan Ismail, atau lebih dikenali sebagai Chef Wan, telah menyusun pelbagai jenis juadah asli yang menggambarkan kegembiraan, kemakmuran dan kesihatan yang baik. Setiap hidangan juga merupakan bukti pendekatan inovatif Chef Wan terhadap hidangan tradisional, memanfaatkan kepakaran kulinari selama 40 tahun dan pendekatan uniknya terhadap makanan.
Chef Wan berkata, “Tahun Baharu Cina adalah masa untuk semua rakyat Malaysia berkumpul untuk menikmati makanan yang enak dan meraikan kepelbagaian dan keharmonian negara kita. Ia adalah masa untuk bersatu sebagai sebuah keluarga, sebagai rakyat dan sebagai sebuah negara.”
“Tempat yang terbaik untuk semua orang berkumpul adalah di De.Wan 1958, di mana semua restoran kami disahkan HALAL, selesa, dengan kakitangan kami yang terlatih dan bersedia untuk menjadikan majlis perayaan ini akan menjadi memori yang tidak dapat dilupakan,” katanya.
Chef Wan menambah, “Dalam perayaan istimewa ini, ia bukan sahaja tentang makan. Kita juga akan menikmati makna di sebalik setiap hidangan. Tahun Baru Cina ini di De.Wan 1958, kami menghidangkan ‘kekayaan’ dengan setiap hidangan yang disediakan untuk membawa kegembiraan, kemakmuran, kesihatan yang baik dan kebersamaan di setiap meja.”
Tawaran menu ini boleh didapati di semua cawangan De.Wan 1958 oleh Chef Wan, termasuk The LINC KL, Bangi Resort Hotel dan Pusat Beli-belah Bangsar. Setiap hidangan berlatarkan hiasan yang meriah dan unik serta tersedia untuk makan-makan, bungkus bawa pulang dan melalui penghantaran dari 20 Januari hingga 26 Februari. Pelanggan juga boleh memesan melalui aplikasi Chef Wan Cooks dan memanfaatkan keistimewaan eksklusif aplikasi dan tawaran istimewa.
De.Wan 1958 by Chef Wan juga menggandakan kegembiraan bagi menghargai pelanggan dengan ganjaran kesetiaan 2X ganda pada pembelian menu set. Tawaran ini memberi kebersamaan untuk tahun-tahun hadapan, dengan harga antara RM1688++ hingga RM2688++.
Untuk tahun baru bersama-sama, kemakmuran, dan keseronokan gastronomi, lawati dewan.space atau hubungi info@dewan.space tempahan dan maklumat lanjut.
Follow us on:
Read More News #latestmalaysia
More Images


