Nur Hakimah Rais Ahmad, 28, berkata, bayinya yang dinamakan Ainul Syahidah Syahmiezan meninggal dunia jam 10.45 pagi di Hospital Kemaman. “Anak syurga kami yang ALLAH SWT pinjamkan sekejap,”
Bayinya yang dilahirkan di rumah itu perlu menerima rawatan lanjut di hospital berikutan sejarah sindrom guillain-barre atau GBS yang dihidapinya ketika kandungan berusia 33 minggu.
Ketika melahirkan Ainul Syahidah, dia tidak sempat ke hospital dan bersalin di rumah. Tetapi, ketika di hospital bayinya memerlukan pemantauan rapi, kemudian dia mendapat panggilan telefon dari pihak hospital jam 3 pagi pada Isnin memintanya datang ke situ kerana keadaan bayi tidak stabil.
