Please go to your post editor > Post Settings > Post Formats tab below your editor to enter video URL.

Kerajaan Meningkatkan Subsidi Sehingga RM370j Tambah Subsidi Ayam, Telur

1 min read

Merujuk kepada pengumuman oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan pada 29 Jun 2022 mengenai subsidi ayam dan telur, adalah dimaklumkan bahawa peruntukan subsidi 2022 telah ditambah sebanyak RM370 juta bagi bulan Julai dan Ogos, menjadikan unjuran perbelanjaan subsidi bagi tahun 2022 kini berjumlah RM77.7 bilion.

Bagi tempoh 5 bulan, Februari hingga Jun 2022, Kerajaan telah menyediakan peruntukan sekitar RM730 juta untuk menampung subsidi harga ayam dan telur. Dengan pengumuman terkini, Kerajaan menyediakan RM1 bilion untuk membantu rakyat iaitu subsidi tambahan ayam dan telur untuk 2 bulan, Julai dan Ogos 2022, serta bantuan tunai tambahan bernilai RM630 juta yang telah dibayar kepada penerima Bantuan Keluarga Malaysia mulai 27 Jun 2022.

“Hakikatnya, Kerajaan sentiasa meningkatkan bantuan dan subsidi kepada rakyat untuk membantu menangani cabaran kos sara hidup,” kata menteri kewangan.

Leave a Reply

Previous Story

Maxis Facing Internet Issues, Netizens Are Unhappy

Next Story

20 People Rioting In Sri Petaling, Damaging Cars

Latest from Blog

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights