Rizani Zakaria, Presiden Pertubuhan Advokasi Industri Vape Malaysia.
Rizani Zakaria, Presiden Pertubuhan Advokasi Industri Vape Malaysia.
///

Pinda Peraturan Sedia Ada Sebagai Langkah Interim Kawal Selia Vape

2 mins read

KUALA LUMPUR, 22 JUN 2023 – Kerajaan perlu mengambil satu langkah interim secepat mungkin dengan meminda peraturan sedia ada untuk mengawal selia industri vape sambil menunggu perbincangan yang teliti dibuat Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) berkenaan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam dan cadangan GEG.

Minggu lalu, Menteri Kesihatan telah merujuk RUU tersebut kepada JKPK sebaik apabila ia dibentang untuk bacaan pertama di Parlimen. Memandangkan RUU tersebut hanya akan dibentang semula di Parlimen akhir tahun ini selepas ia selesai diteliti JKPK, langkah interim adalah diperlukan buat masa ini.

Pinda peraturan sebagai langkah kawal selia vape?

“Ini adalah membolehkan industri vape dikawalselia terutamanya untuk membendung isu penggunaan oleh individu bawah umur dan memastikan kandungan produk mematuhi piawaian yang ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penyalahgunaan yang boleh memberi persepsi negatif kepada industri,” kata Presiden Malaysia Vape Industry Advocacy (MVIA), Rizani Zakaria. 

Tambahnya, Kementerian Kesihatan Malaysia harus ambil cadangan meminda peraturan sedia ada seperti Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dengan terbuka kerana langkah interim ini akan dapat memperkenalkan larangan penjualan kepada dan penggunaan oleh individu yang di bawah umur dan terus membendung isu ini daripada berlarutan.

Rizani juga berkata, kawalan produk vape melalui Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 bukannya suatu perkara yang tidak pernah dibuat. Pada tahun 2019, Kerajaan juga telah meluaskan larangan penggunaan vape di tempat kedai makan dan tempat awam. Ini membuktikan bahawa peraturan tersebut boleh dipinda dan digunapakai untuk mengawal selia produk vape. 

“Kementerian perlu terbuka dengan langkah interim ini. Pindaan peraturan ini bukan bermaksud RUU tersebut tidak akan dibentang pada masa depan. Langkah interim ini adalah bertujuan untuk memastikan supaya produk vape tidak tercapai oleh individu bawah umur dan pada masa yang sama pengguna dewasa boleh mengakses produk yang terkawal dari segi piawaian,” kata Rizani.

Rizani juga menyambuk baik keputusan Kementerian untuk merujuk RUU tersebut kepada JKPK dan berpendapat ia adalah langkah yang tepat kerana RUU itu perlu disemak semula agar ia mengambil kira kepentingan dan pandangan semua yang terlibat terutamanya berkaitan dengan cadangan GEG yang teramat kontroversial ini.

“Semua pihak perlu bekerjasama dan mencari penyelesaian titik tengah dalam perkara ini. Kami di pihak industri memohon agar JKPK membuat sesi perbincangan dengan semua pihak dan mengkaji dengan menyeluruh cadangan GEG ini,” katanya Rizani. 

Katanya lagi, sesi perbincangan bersama semua pihak adalah sangat penting kerana cadangan GEG ini bakal memberi kesan yang agak besar kepada keseluruhan ekosistem industry secara langsung dan tidak langsung.

Beliau sebelum ini juga turut menyatakan bahawa industri tidak bersetuju dengan cadangan GEG kerana ia akan mengharamkan produk ini dalam jangka masa panjang dan ia merupakan satu langkah yang terlalu drastik. 

“Secara terangnya, cadangan GEG ini akan menjejaskan usahawan tempatan yang sebelum ini telah melabur jutaan ringgit untuk mengembangkan industri serta kesan kepada tenaga kerja mahir dalam industri ini. 

“Dari segi ekonomi negara pula, ia memberikan mesej yang salah kepada pelabur asing kerana sudah pasti ia akan membuatkan pelabur beralih ke negara lain, sedang Malaysia mempunyai pembekal berkualiti yang bertaraf dunia” katanya.

Rizani juga berkata semua pihak perlu melihat proses ini sebagai langkah yang akan mencari penyelesaian titik tengah.

Latest Malaysia Read more breaking and trending stories from @LatestMalaysia

More Images

Rizani Zakaria, Presiden Pertubuhan Advokasi Industri Vape Malaysia.
Rizani Zakaria, Presiden Pertubuhan Advokasi Industri Vape Malaysia.

Leave a Reply

Previous Story

Grab Rider Who Told Singaporean Tourists Off Now LOSES JOB Netizens CALLING For Boycott

Next Story

NEW IMDB: Omar Mustapha Company PAID RM23m By NAJIB

Latest from Blog

Discover more from

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights