Setelah hampir dua tahun budaya ini ditunda ekoran pandemik, mungkin lebih ramai rakyat Malaysia yang akan mengambil peluang untuk pulang ke kampung menjelang Hari Raya Aidilfitri. Berdasarkan statistik, sebanyak 20,1393 kemalangan semasa Hari Raya Aidilfitri direkodkan sebelum pandemik pada 2019.
“Semasa anda membuat persiapan untuk perjalanan pulang ke kampung halaman, kami di Qoala mengenal pasti lokasi panas kemalangan jalan raya dan trend kemalangan yang perlu anda berwaspada.”
“Saya ingin berkongsi dengan rakyat Malaysia lokasi jalan yang paling berbahaya, waktu terbaik untuk memulakan perjalanan terutamanya semasa musim perayaan. Statistik kemalangan jalan raya yang berlaku setiap tahun dalam tempoh ini amat membimbangkan, dan rakyat Malaysia disarankan untuk mengambil langkah berjaga-jaga sebelum pulang ke kampung halaman masing-masing dengan mengenal pasti lokasi panas kemalangan di lebuh raya di Malaysia”, kata Calvin Teng selaku Pengurus Negara, Qoala Malaysia.
Enam lebuh raya paling berbahaya di Malaysia: Buka fail yang dilampirkan di bawah

