Messi Kekal Di Barcelona Dengan Gaji Kurang 50%

1 min read

Lionel Messi yang baru-baru ini mengetuai Argentina merangkul kejuaran EURO 2020 dilaporkan mencapai persetujuan untuk menyambung kontrak bersama Barcelona dengan potongan gaji 50 peratus.

Barca sebelum ini gagal mendapatkan tanda tangan bintang Argentina itu sebelum kontraknya tamat hujung bulan lalu.

Media Sepanyol, yang dipetik oleh agensi berita asing, bagaimanapun melaporkan, rundingan dengan Messi menunjukkan kemajuan positif dengan pemain berusia 34 tahun sedia untuk kekal di Camp Nao.

Kontrak baharu itu menyaksikan kapten Argentina tersebut menerima gaji kurang separuh daripada sebelumnya iaitu sekitar 1.2 juta pound (RM6.99 juta) seminggu.

Barcelona turut memegang klausa pelepasan 300 juta pound (RM1.74 bilion) ke atas pemain itu.
Messi dikatakan menandatangani kontrak lima tahun walaupun dia pernah menyuarakan hasrat untuk menutup karier dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat.

Leave a Reply

Previous Story

Cikgu: Kenapa Awak Tak Hadir Kelas Hari Ini?

Next Story

Will Vaccines End Lockdowns After Everyone Is Vaccinated?

Latest from Blog

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights