All Latest Malaysia Trending and Breaking News

Top News

Minyak Sawit Merah Mendukung Kesihatan Ibu dan Bayi

EUDR, green palm tree under blue sky during daytime MSPO, greener minyak sawit merah

Terdapat penemuan terbaru dalam pemakanan kanak-kanak memberikan manfaat penting terutama ibu-ibu baharu yang prihatin dengan tumbesaran anak mereka dan diri sendiri.

Penyelidikan menunjukkan, jika ibu meletakkan minyak sawit merah ke dalam diet mereka, paras provitamin A karotenoid meningkat dengan ketara dalam kedua-dua serum darah dan susu ibu, yang akan meningkatkan paras alfa dan beta karotena dalam serum bayi mereka.1 Ini adalah penemuan yang sangat baik terhadap pertumbuhan neonatal dan kesihatan kanak-kanak secara keseluruhan kerana vitamin A adalah salah satu nutrien yang paling penting untuk janin, neonat dan bayi.

Minyak Sawit Merah Mendukung Kesehatan Ibu dan Bayi

Menurut penyelidikan yang dijalankan di Hyderabad India2 dan Tanzania3, ibu mengandung dan menyusu yang menggunakan minyak sawit merah secara sederhana sebagai sos salad atau digunakan untuk memasak dengan hidangan tumis, mempunyai tahap retinol yang lebih tinggi pada ibu dan bayi, kadar anemia yang lebih rendah (kekurangan sel darah merah) dalam kalangan ibu hamil berbanding mereka yang tidak mengambil minyak sawit merah dalam diet mereka.

Karotenoid provitamin A ialah nutrien penting yang ditukarkan oleh badan manusia kepada vitamin A. Vitamin ini penting untuk penglihatan, fungsi imun dan kesihatan selular. Bagi ibu hamil dan menyusu, tahap nutrien ini yang mencukupi adalah penting untuk memastikan bayi mereka mendapat nutrien yang ideal melalui susu ibu untuk pertumbuhan bayi yang sesuai. Kekurangan vitamin A pada bayi boleh menyebabkan masalah kesihatan yang teruk, termasuk pertumbuhan terbantut, penglihatan terjejas dan meningkatkan kecenderungan kepada jangkitan.

Kajian telah menunjukkan bahawa minyak sawit yang kaya dengan karotenoid semulajadi, boleh meningkatkan tahap nutrien ini dengan ketara dalam plasma maternal dan apabila diambil oleh ibu yang menyusu, karotenoid daripada minyak sawit  akan berpindah melalui susu ibu kepada bayi4 dengan kualiti yang lebih tinggi yang secara langsung memberi manfaat kepada bayi dengan meningkatkan sistem imun neonatal dan membantu perkembangan otak. Ini amat penting bagi mereka yang berada di kawasan di mana kepelbagaian diet adalah terhad dan akses kepada makanan kaya vitamin A adalah terhad.

Walaupun manfaat pemakanan minyak sawit jelas, kepentingan mendapatkan minyak sawit mampan juga penting. Industri minyak sawit secara sejarahnya dikaitkan dengan penebangan hutan dan pemusnahan habitat. Walau bagaimanapun, industri minyak sawit Malaysia telah berusaha tanpa jemu sejak beberapa tahun kebelakangan ini untuk mencapai matlamat kemampanan dan menagani kesan alam sekitar. Dengan mematuhi piawaian alam sekitar dan etika yang ketat, kini ladang sawit yang mampan di Malaysia telah melindungi ekosistem, menyokong komuniti tempatan dan mempromosikan biodiversiti.

Minyak sawit Malaysia, yang sememangnya dihasilkan di bawah skim skim pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO), ini bermakna pengguna boleh menikmati manfaat kesihatan minyak sawit sambil menyumbang kepada industri yang lebih saksama dan mesra alam. Pensijilan MSPO menjamin bahawa minyak sawit dihasilkan dengan cara yang mengutamakan kelestarian alam sekitar, bertanggungjawab sosial dan berdaya maju ekonomi.

Minyak sawit boleh menjadi tambahan berharga kepada diet ibu menyusu kerana menawarkan sumber tenaga yang kaya, vitamin penting dan lemak bermanfaat yang menyokong kesihatan ibu dan bayi. Walau bagaimanapun, adalah penting bahawa minyak sawit mampan diutamakan supaya kita dapat membantu mengurangkan kesan negatif yang berkaitan dengan pengeluaran minyak sawit konvensional, memastikan masa depan yang lebih sihat untuk keluarga dan planet kita.

Rujukan:

1. Lietz, G., Henry, C.J.K., Mulokozi, G., Mugyabuso, J., Ballart, A., Ndossi, G., Lorri, W. and Tomkins, A., 2000. Use of red palm oil for the promotion of maternal vitamin A status. Food and Nutrition Bulletin, 21(2), pp.215-218.

    2. Radhika, M.S., Bhaskaram, P., Balakrishna, N. and Ramalakshmi, B.A., 2003. Red palm oil supplementation: a feasible diet-based approach to improve the vitamin A status of pregnant women and their infants. Food and Nutrition Bulletin, 24(2), pp.208-217.

    3. Lietz, G., Henry, C.J.K., Mulokozi, G., Mugyabuso, J.K., Ballart, A., Ndossi, G.D., Lorri, W. and Tomkins, A., 2001. Comparison of the effects of supplemental red palm oil and sunflower oil on maternal vitamin A status. The American journal of clinical nutrition, 74(4), pp.501-509.

    4. Lietz, G., Mulokozi, G., Henry, J.C. and Tomkins, A.M., 2006. Xanthophyll and hydrocarbon carotenoid patterns differ in plasma and breast milk of women supplemented with red palm oil during pregnancy and lactation. The Journal of nutrition, 136(7), pp.1821-1827.

    5. Canfield, L.M., Kaminsky, R.G., Taren, D.L., Shaw, E. and Sander, J.K., 2001. Red palm oil in the maternal diet increases provitamin A carotenoids in breastmilk and serum of the mother-infant dyad. European journal of nutrition, 40, pp.30-38.

    Follow us on:

    Read More News at #latestmalaysia #BusinessNews and #WorldFuture

    green palm tree under blue sky during daytime MSPO, greener minyak sawit merah
    Photo by Eulalia Ramírez Moreda on Unsplash

    Leave a Reply

    Discover more from Latest Malaysia

    Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

    Continue reading

    Verified by MonsterInsights