ALOR SETAR – Dua pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Perlis, Christopher Ling Jia Siang, 21, dan Joey Ling Lin Siang, 20, disahkan lemas ketika menjalani aktiviti berkayak di Pantai Merdeka, Sungai Petani.
pelajar IPG lemas
IPG Kampus Perlis dalam hantaran di Facebook menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang merupakan pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Jasmani ambilan Ogos 2025/2029. Jasad kedua-dua pelajar dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk proses bedah siasat. Difahamkan keluarga mangsa dari Sarawak dijangka tiba petang ini.
Photo: Kosmo

