Penjualan Berleluasa Rokok Seludup Akan Gagalkan Dasar Penamat Generasi Kementerian Kesihatan Malaysia

1 min read

MIRI, 8 Julai 2022 – Inisiatif Kementerian Kesihatan untuk memperkenalkan undang-undang baharu bagi mengekang gejala merokok, terutamanya dalam kalangan belia dan generasi akan datang, mungkin tidak mendapat hasil yang diharapkan disebabkan tahap dagangan rokok seludup yang sangat serius di negara ini, kata Pertubuhan Transformasi Dayak atau Persatuan Transformasi Dayak (TRADA).

Joseph Anak Janting, Presiden dan Pengasas TRADA, berkata, “Kami memuji usaha berani dan inovatif oleh Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin, untuk menghalang belia dan generasi masa depan rakyat Malaysia daripada membeli rokok.”

“Walau bagaimanapun, kami percaya bahawa langkah berani ini akan terjejas oleh kelaziman rokok seludup yang tinggi dan mudah didapati di Malaysia hari ini, terutamanya dalam masyarakat miskin,” katanya.

Menurut Joseph, 6 daripada 10 batang rokok yang dijual di Malaysia hari ini adalah rokok seludup yang dikilangkan di luar negara atau tempatan. “Di negeri kelahiran saya Sarawak, masalahnya lebih teruk. Rokok seludup hari ini menguasai lebih daripada 80% pasaran. Ke mana sahaja anda pergi, anda boleh melihat orang menjual dan menghisap jenama seludup. Ia adalah masalah yang serius. Saya menggesa menteri kesihatan dan pegawai kementeriannya di Putrajaya untuk melawat Sarawak dan lebih memahami situasi rokok seludup yang teruk di sini dan melihat kerumitan pelaksanaan undang-undang baharu di sini,” jelasnya.

“Orang ramai yang menjual rokok seludup ini tidak perlu mematuhi mana-mana undang-undang atau peraturan. Malah, jika dasar Penamat Generasi KKM dilaksanakan, kami percaya akan berlaku ledakan rokok seludup kerana orang yang dilarang membeli produk sah akan mendapatkan rokok mereka daripada vendor tidak bertanggungjawab ini yang banyak terdapat di seluruh Malaysia,” katanya tambah.

TRADA menggesa Kementerian Kesihatan supaya bertegas dalam usahanya untuk mengurangkan kelaziman merokok di Malaysia dengan menangani perdagangan rokok seludup terlebih dahulu dan kemudian meletakkan undang-undang dan peraturan baharu yang akan selaras dengan agenda kesihatan negara.

“Faktor paling ketara mendorong perniagaan rokok seludup adalah perbezaan harga antara produk sah dan seludup. Di Sarawak, jenama seludup paling popular iaitu Era dan Premium hanya RM5 berbanding RM12 bagi produk sah termurah. Orang yang berpendapatan rendah tidak mempunyai pilihan selain membeli rokok seludup murah ini, yang boleh didapati secara meluas.

Kerajaan Malaysia mesti melihat secara serius pembaharuan eksais dan cukai, menguatkuasakan undang-undang ke atas pelaku perdagangan rokok seludup dan menamatkan rasuah yang menyemarakkan perdagangan yang menyalahi undang-undang ini supaya KKM dapat melaksanakan inisiatifnya dengan berkesan,” katanya.

Pada Sidang Parlimen akan datang bermula 18 Julai 2022, Kementerian Kesihatan merancang untuk membentangkan satu set peraturan untuk menyekat merokok dan vape, termasuk menglarangkan penjualan rokok dan produk vape kepada mereka yang lahir selepas 2005 (Dasar Penamat Generasi), menyekat mempamerkan produk rokok untuk dijual secara terbuka dan melaksanakan pembungkusan biasa pada rokok.

Leave a Reply

Previous Story

American Airlines Lost 12 Year Old Child 

Next Story

Novartis Malaysia Opens The Doors Of Its New Hybrid Office As Part Of Footprint Here

Latest from Blog

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights