All Latest Malaysia Trending and Breaking News

Crime

Polis Buru Lima Suspek Bunuh, Mangsa Ditemui Ditimbus di Semenyih

suspek bunch, Polis Tembak, brothers killed, nurse, Student Found Dead, wanita maut, tidak waras, murder-suicide, bmw crash, mother charged, Edar Dadah, dua suspek maut, Suspect Shot Dead

SHAH ALAM, 15 Okt — Polis Selangor kini memburu lima lelaki tempatan berusia 35 hingga 48 tahun yang dipercayai terbabit dalam kes bunuh seorang lelaki di Semenyih, Kajang, hujung bulan lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, setakat ini seramai 15 suspek termasuk dua warga asing telah ditahan, dengan sebahagiannya sudah dituduh di mahkamah.

Mangsa, 42, dilaporkan hilang pada 24 September selepas dilarikan sekumpulan suspek di Ampang Waterfront. Mayatnya ditemui ditanam pada 27 September di Semenyih. Bedah siasat mendapati mangsa mati akibat kecederaan parah di leher.

Suspek Bunuh

Polis turut merampas dua laras senapang, sebuah Proton Wira dan sebatang cangkul dipercayai digunakan untuk menanam mangsa.

Semalam, beberapa suspek telah dituduh di Mahkamah Ampang dan Bangi atas kesalahan melarikan orang, membunuh, bersubahat serta kesalahan senjata api.

Shazeli menegaskan siasatan masih diteruskan dan polis yakin lima suspek yang diburu masih berada di Selangor.

#latestmalaysia

Table of Contents

News Malaysia and Global

Read More News on Latest Malaysia

Read More News on Business News Malaysia

Read More News on SG Business News

Read More News on World Future TV

Read More News #latestmalaysia

Leave a Reply

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights