PUTRAJAYA, 29 Sept – Allahyarham Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali disifatkan seakan sudah bersedia untuk meninggalkan keluarga apabila memaklumkan perkara itu kepada anaknya, Mukhriz Mahathir ketika menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).
Mukhriz berkata, beliau sempat bertemu bondanya semalam dan mendapati Tun Siti Hasmah berada dalam keadaan ceria walaupun sedang dirawat. “Dia ada beritahu saya yang dia dah bersedia untuk meninggalkan kita semua. Jadi nampaknya dia dah bertawakal,” katanya.
Tun Siti Hasmah
Menurut Mukhriz, pagi tadi beliau menerima makluman bahawa ibunya mengalami masalah jantung sekitar jam 8 pagi sebelum bergegas ke IJN. Ketika tiba, pasukan pakar sedang melakukan CPR sebelum Tun Siti Hasmah dipindahkan ke Unit Rawatan Koronari (CCU).
“Pada pukul 9 pagi kami dimaklumkan CPR hanya akan diteruskan 15 minit lagi dan jika jantung tidak berfungsi, ia akan dihentikan. Tepat jam 9.30 pagi, beliau meninggalkan kita semua,” jelasnya.
Mukhriz turut memohon orang ramai mendoakan agar segala dosa Allahyarham diampunkan, amal ibadahnya diterima dan ditempatkan bersama golongan Muslimin di syurga Firdaus. Beliau juga memaklumkan bahawa Tun Dr. Mahathir Mohamad berada di IJN ketika isterinya menghembuskan nafas terakhir.
Table of Contents
Read More News on Latest Malaysia
Follow us on:
Read More News on Business News Malaysia
Read More News on SG Business News
Read More News on World Future TV

