Muammar Raid Abdul Malik, 33, Seorang peniaga dan isterinya Nadia Mohamed Hussain @ Brian Michael Lewis, 27, yang hamil, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memiliki 53 keping wang kertas RM100 palsu.
Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh serta syarat tambahan perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah sehingga kes selesai.
Mahkamah menetapkan 11 Ogos untuk sebutan semula kes. Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Mohamad Syarafuddin Mamat Mokhtar.
