Khutbah Jumaat Dari Perak

1 min read

Khutbah Jumaat di Perak hari ini mengingatkan rakyat atas peri penting memilih pemimpin yang bersih dan berintegriti agar kesejahteraan rakyat terjamin.

Lakukan pilihan dengan hati, akal dan fikiran yang waras dengan menilai sifat, watak, sikap dan pendirian calon.

Pilihlah calon yang memiliki peribadi yang jujur dan ikhlas, memiliki akhlak dan budi pekerti mulia, berilmu dan berpengetahuan, mengamalkan gaya hidup sederhana serta tidak memperagakan kemewahan secara keterlaluan.

Pilihlah pemimpin yang memiliki sifat al-qawi, bermaksud berkemampuan dalam melaksanakan tugas, sifat al-amin, bermaksud amanah, berintegriti, tidak menyeleweng, tidak khianat, dan tidak mudah dibeli dengan wang ringgit, pangkat dan jawatan hingga bersedia menggadaikan maruah diri dan maruah bangsa.

Khutbah Jumaat

Khutbah Jumaat
Khutbah Jumaat

Pemimpin itu juga harus buktikan azam memerangi rasuah melalui kertas undi kita dengan menolak dan tidak memberikan undi kepada calon-calon yang memiliki imej rasuah atau terpalit dengan rasuah.

Buktikan tekad kita menolak rasuah, dengan tidak membenarkan diri kita boleh dibeli dengan sogokkan wang hingga kita memilih calon kerana dipengaruhi dengan sampul surat yang mengandungi wang.

Setelah berusaha, berdoa dan bertawakal kepada Allah SWT, walau apa jua keputusan PRU15, ummah wajib menerimanya dengan hati yang terbuka serta reda dengan ketentuan Ilahi.

Sudah tiba masanya untuk memungkinkan perubahan dan membetulkan segala kepincangan yang telah menjadi budaya tadbir urus di Malaysia.

#KitaBoleh #MalaysiaBangkit

Leave a Reply

Previous Story

Anwar Ibrahim Gathered More Crowds

Next Story

YouTuber Trisha Paytas Convinced Her Child Is Queen Elizabeth II 

Latest from Blog

Social Media Auto Publish Powered By : XYZScripts.com
0 $0.00

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights