All Latest Malaysia Trending and Breaking News

Crime

Kanak-Kanak Cedera Parah Diserang Lapan Anjing Liar di Lima Kedai

lapan anging liar

ISKANDAR PUTERI, 13 Okt, 2026: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun cedera parah selepas diserang sekumpulan lapan anjing liar ketika bermain di taman permainan berhampiran flat perumahan Lima Kedai di sini, petang Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, mangsa mengalami kecederaan serius pada mata, leher, kepala dan beberapa bahagian badan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Pandak Ahmad berkata, insiden tersebut amat membimbangkan dan memerlukan tindakan segera daripada pihak berkuasa bagi menjamin keselamatan penduduk setempat.

Lapan Anjing Liar

Beliau berkata, langkah lebih berkesan perlu diambil bagi menangani masalah anjing liar yang boleh mengancam orang awam, terutama kanak-kanak yang menggunakan kemudahan awam di kawasan perumahan.

Pandak yang melawat mangsa turut berharap tindakan segera dapat diambil bagi mengelakkan kejadian sama berulang.

Insiden itu mengingatkan orang ramai kepada kes seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang cedera parah akibat serangan anjing liar di Batu Pahat bulan lalu.

#latestmalaysia

Kata kunci: Iskandar Puteri, anjing liar, Lima Kedai, kanak-kanak cedera, Johor, Pandak Ahmad, HSA

Lapan Anjing Liar

Table of Contents

News Malaysia and Global

Read More News on Latest Malaysia

Read More News on Business News Malaysia

Read More News on SG Business News

Read More News on World Future TV

Read More News #latestmalaysia

Leave a Reply

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights