Kelantan berisiko tenggelam seperti Jakarta berikutan penggunaan air bawah tanah yang tinggi, kata seorang pakar ukur tanah Dr Yong Chien Zheng dalam kajiannya mengenai pergerakan tanah di negeri itu telah menemui bukti sebahagian negeri itu tenggelam sehingga 4.22mm setahun.
“Kadar pengurangan semasa di Kelantan adalah sama seperti Jakarta sebelum 1970-an. Permintaan yang semakin meningkat untuk air bawah tanah di bandar Indonesia mendorong pengekstrakan air bawah tanah secara besar-besaran seterusnya membawa kepada peningkatan kadar penenggelaman.”
Kelantan Tenggelam
“Akibatnya, kira-kira 40% Jakarta kini berada di bawah paras laut.” Kajian itu, bertajuk Penurunan Tanah Akibat Pengekstrakan Air Bawah Tanah: Kajian Kadar Regangan Geodetik di Kelantan, Malaysia, diterbitkan pada 2018. Kelantan Tenggelam atau tak?

