All Latest Malaysia Trending and Breaking News

WOW

NCIA dan Kiplepay Memperkasa Komuniti Orang Asli dengan Literasi Teknologi

KUALA LUMPUR, 5JANUARI 2021 – Atas sebahagian daripada agenda kerajaan untuk memangkin literasi digital dalam setiap lapisan masyarakat, Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) sedang menggerakkan usaha capaian yang istimewa buat komuniti Orang Asli di Perak. Capaian ini akan dilakukan melalui inisiatif bantuan kewangan Kasih Ibu Darul Ridzuan(KIDR), berbekalkan solusi teknologi oleh Kiplepay Sdn Bhd.

Menerusi program tersebut, NCIA menawarkan kad tanpa tunai prabayar, dikuasakan oleh KiplePay, buat para benefisiari dari komuniti Orang Asli di Perak. Ditambah nilai dengan dana bulanan sebanyak RM250 yang diperuntukkan oleh kerajaan persekutuan, kad ini boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas daripada peniaga tempatan, termasuk para peniaga yang terdiri daripada Orang Asli. Peniaga tersebut antara lainnya melibatkan 15 kedai bergerak, yang khususnya wujud untuk menangani isu aksesibiliti lokasi.

Kiplepay 1

“Inisiatif Kasih Ibu Darul Ridzuan(KIDR) bukan sahaja dapat membantu membasmi kemiskinan dalam kalangan komuniti berpendapatan rendah di Malaysia sejajar dengan Rancangan Malaysia Ke-12, malah ia juga selari dengan matlamat kerajaan untuk memacu Malaysia ke hadapan sebagai sebuah negara digital. Dengan membolehkan peniaga mudah alih memupuk penggunaan fungsi ini menerusi kad tanpa tunai oleh KiplePay, NCIA berharap para penduduk di kawasan pedalaman juga dapat menimba inspirasi untuk meningkatkan literasi digital mereka serta menerima peralihan digital dalam hidup masing-masing,” ujar Datuk Seri Jebasingam Issace John, Ketua Eksekutif Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).

Peniaga mudah alih menawarkan perkhidmatan yang membawa diri mereka serta produk mereka kepada pembeli, dan bukan sebaliknya. Ia dapat menangani masalah utama yang dihadapi oleh sebilangan besar komuniti Orang Asli, khususnya mereka yang menetap di kawasan terpencil yang hanya boleh diakses oleh kenderaan 4×4 dan bot. Menerusi perkhidmatan yang ditawarkan oleh peniaga mudah alih, komuniti Orang Asli yang menetap di kawasan ini boleh membeli barangan keperluan dengan mudah tanpa perlu keluar jauh dari tempat tinggal mereka.

“Dengan kad tanpa tunai dan terminal bayaran yang dikuasakan oleh KiplePay, para benefisiari dan peniaga Orang Asli akan memiliki akses selain terdedah kepada transaksi tanpa sentuh yang lebih selamat. Langkah ini akan mendorong komuniti di kawasan terpencil untuk menerimaguna solusi digital dalam kehidupan mereka, lantas membuka lebih banyak peluang bagi mereka pada masa akan datang,” jelas Ricky Lew, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kiplepay Sdn Bhd. 

Leave a Reply

Discover more from Latest Malaysia

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading

Verified by MonsterInsights