All Latest Malaysia Trending and Breaking News

Top News

Pramugara Didakwa Bunuh Penyelia Selepas Kes DUI Dikaji Semula

Bunuh Penyelia

KUALA LUMPUR, 29 Okt 2026 – Seorang pramugara berusia 26 tahun didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penyelia syarikat penyelenggaraan dalam insiden kemalangan maut yang sebelum ini dikendalikan sebagai kes memandu di bawah pengaruh alkohol hingga menyebabkan kematian.

Mohd Iman Nafiz Fong Mohd Sabirin mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret MS Arunjothy. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes bunuh terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Tertuduh didakwa membunuh Faris Irfan Fazli, 29, di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Jalan Parlimen pada kira-kira 4.09 pagi, 24 Oktober lalu.

Bunuh Penyelia

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 30 November ini untuk sebutan semula kes.

Kes itu sebelum ini dibawa ke mahkamah di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 apabila Mohd Iman Nafiz mengaku tidak bersalah atas pertuduhan memandu di bawah pengaruh alkohol sehingga menyebabkan kematian Faris Irfan serta mencederakan seorang lagi mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Fadhly Mohd Zamry, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Anih Rafih.

#latestmalaysia

Table of Contents

News Malaysia and Global

Read More News on Latest Malaysia

Read More News on Business News Malaysia

Read More News on SG Business News

Read More News on World Future TV

Read More News #latestmalaysia

Leave a Reply

Verified by MonsterInsights