PASIR PUTEH, 17 Ogos — Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan menegaskan bahawa sekiranya UMNO menarik diri daripada Kerajaan Perpaduan, pentadbiran Madani akan tumbang. Beliau berkata, walaupun UMNO hanya memiliki 30 kerusi Parlimen, langkah itu boleh mencetuskan kesan domino yang membawa kepada ketidakstabilan politik.
“Kalau kami keluar, kerajaan ini jatuh. Walaupun kami 30 kerusi, sekarang kerusi kerajaan 150. Kalau tolak 30, masih ada 120. Tetapi kalau kami keluar, mungkin ada orang lain lagi yang keluar. Mungkin ada daripada Sabah, daripada Sarawak mengikut jejak langkah kami. Kita tidak mahu memikirkan perkara itu. Kita ingin kestabilan hingga akhir penggal,” katanya pada sidang akhbar di Pasir Puteh, hari ini.
UMNO Keluar
Ahmad menegaskan pendirian UMNO adalah untuk terus menyokong Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal, selari dengan kenyataan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Beliau berkata, komitmen itu turut ditegaskan semula dalam taklimat tertutup kepada ahli Parlimen baru-baru ini.
Sebelum itu, Ahmad hadir pada Majlis Penyerahan Bangunan Tambahan Kolej Matrikulasi Kelantan yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Table of Contents
Read More News on Latest Malaysia
Follow us on:
Read More News on Business News Malaysia
Read More News on SG Business News
Read More News on World Future TV

